Saturday, May 17, 2014
Habislah Dyana.. Raja Bomoh Akan Turut Bertanding di Teluk Intan..
Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin sedang memikirkan kemungkinan untuk bertanding sebagai calon Bebas di pilihanraya kecil (PRK) Teluk Intan.
Menurutnya ramai penduduk Teluk Intan yang ditemui memintanya untuk bertanding sebagai calon bagi mewakili mereka.
“Ramai yang datang jumpa dan minta Datuk bertanding sebagai calon bebas. “Datuk adalah anak jati Teluk Intan, lahir dan dibesarkan di sini. ” katanya kepada wartawan.
Menurutnya lagi sebahagian besar pengundi di Teluk Intan mempunyai pertalian saudara dan merupakan kenalan yang rapat dengannya.
Ibrahim turut berkata, selain masyarakat Teluk Intan, semua ahli persatuan Silat Gayong Ghaib dan Selendang Merah turut menyatakan sokongan dan sanggup untuk menjadi jenteranya sepanjang tempoh berkempen.
“Apapun tunggulah ketika proses penamaan calon nanti kerana Datuk masih memikirkan permintaan mereka itu” katanya lagi.
Kerusi Parlimen Teluk Intan kosong berikutan kematian anggotanya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Seah mengalahkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dari Barisan Nasional (BN) dan calon bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi lapor SuaraTV
0 orang berkata:
Post a Comment