788 guru dan pegawai pendidikan JAIS terima durian runtuh
SHAH ALAM:
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Rabu lalu meluluskan kenaikan
pangkat 788 guru dan pegawai pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS).
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr.
Halimah Ali berkata, untuk itu Kerajaan Negeri akan membuat pembayaran
tunggakan berjumlah RM5.7 juta dengan perbezaan daripada Januari hingga
Disember sebanyak RM2.4 juta.
Katanya, kenaikan pangkat itu akan dibuat secara ‘time based
promotion’ kepada guru dan pegawai pendidikan melibatkan tangga gaji DG
29, DG 32, DG 41, DG 44, DG 48 dan DG 52.
“Hari ini ada berita gembira apabila MMKN luluskan pelaksanaan
kenaikan pangkat kepada guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan JAIS.
“Kita harap Kerajaan Negeri akan terus menghargai sumbangan guru-guru yang berkhidmat cemerlang dalam JAIS.
“Harap kelulusan ini juga akan mendorong semua untuk berkhidmat lebih
cemerlang dalam usaha melahirkan insan cemerlang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Besar, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mesyuarat MMKN, 4 Mei lalu.
Kenaikan kali ini melibatkan seramai 399 orang bagi penjawat pegawai
perkhidmatan pendidikan, 353 orang bagi pegawai di tangga gaji DG 29,
37, orang pegawai (DG 32), tiga orang (DG 41),
seorang (DG 44), empat
orang (DG 48) dan seorang (DG 52).- Selangor Kini


0 orang berkata:
Post a Comment