Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA MAHADHIR TAK KATA GURU DAH CELIK MINDA ?

Guru berpolitik hanya rugikan BN

  • Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa  sesi soal jawab selepas menyampaikan Syarahan Perdana Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertajuk "Contemporary Islamic Lifestyle:Fitting in or Taking the Lead" di sini, hari ini. _ Foto Bernama Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan Syarahan Perdana Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertajuk "Contemporary Islamic Lifestyle:Fitting in or Taking the Lead" di sini, hari ini. _ Foto Bernama
1 / 1
GOMBAK - Gesaan pemimpin Umno supaya penjawat awam khususnya guru kembali ke pangkuan BN dengan membenarkan mereka berpolitik hanya akan merugikan parti itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada jaminan warga pendidik itu berpihak dan memberi sokongan kepada parti pemerintah jika mereka diberi kelonggaran untuk menceburi bidang politik.

"Mereka (guru) tidak akan sertai BN tetapi mereka sertai Pas dan kerajaan akan hadapi masalah bila guru menjadi pengikut parti pembangkang.

"Kerajaan kena ingat apabila mereka masuk politik, mereka tidak semestinya menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Siri Syarahan Perdana Presiden' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang meminta warga pendidik itu kembali ke pangkuan BN.

Katanya keputusan kerajaan sebelum ini menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan boleh melemahkan BN.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menambah jika cadangan itu tidak diperhalusi, kelonggaran itu dikhuatiri akan mengancam kerajaan kelak.

"... mereka bukan sahaja tidak akan sertai BN malah lebih buruk lagi akan menentang kerajaan pemerintah," katanya lagi.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Guru dah cerdik, mahaguru( tokmoh cari mh370) yg tu kurang cerdik

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.