• Mohamad Amin dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas dakwaan memiliki senjata api dan 
peluru hidup  
  •  Mohamad Amin dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas dakwaan memiliki senjata api dan peluru hidup
1 / 2
KUALA KANGSAR - Seorang pekerja ladang sawit, dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan memberi latihan ketenteraan kepada orang yang bersedia melibatkan diri dalam kegiatan pengganas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muamar Gadaffi Mohamad Shafawi, 30, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noordura Mohamed Din.

Muamar Gadaffi didakwa dengan niat untuk memajukan tujuan ideologi dan perbuatan itu boleh dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bukit Ara Para, Kampung Ketior Dalam, Mukim Senggang di sini antara 2 petang hingga 4 petang pada 25 Disember hingga 27 Disember tahun lepas.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 130F(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara bagi tempoh sehingga 30 tahun dan denda.

Majistret tidak membenarkan tertuduh diikat jamin berikutan tiada peruntukan jaminan bagi kesalahanan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fitri Asmuni.

Mahkamah menetapkan sebutan pada 18 Julai ini.
Sementara itu di mahkamah sesyen dua lelaki didakwa atas pertuduhan masing-masing memiliki senjata api dan peluru hidup.

Mohamad Amin Abdul Rahman, 29, didakwa memiliki dua laras senjata api buatan sendiri dan 71 butir peluru tanpa kebenaran.

Manakala Abd Rahaman Ramli, 46, didakwa atas pertuduhan memiliki 433 butir peluru.
Kedua-duanya mengaku salah terhadap pertuduhan masing-masing.