Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 3 Julai 2014

Kes diplomat Malaysia: Pegawai tinggi New Zealand tawar letak jawatan

Akhbar New Zealand Herald hari ini melaporkan pegawai tertinggi Kementerian Luar New Zealand menawarkan peletakan jawatan berikutan kesilapan pengurusan kes serangan seksual melibatkan diplomat Malaysia di Wellington, New Zealand.
John Allen, pegawai di kementerian itu, membuat tawaran berkenaan selepas Muhammed Rizalman Ismail, yang bekerja sebagai pembantu kakitangan (pertahanan) di Kedutaan Malaysia meninggalkan negara itu menggunakan imuniti diplomatik selepas dituduh melakukan serangan tersebut.
Menteri Luar Murray McCully bagaimanapun menolak tindakan pegawai berkenaan, sebaliknya berkata beliau marah dengan insiden itu yang turut memalukan Perdana Menteri John Key.
Herald melaporkan McCully berkata, beliau mempunyai keyakinan dengan ketua pegawai eksekutifnya itu serta memohon maaf kepada perdana menteri dan mangsa berusia 21 tahun itu.
Semalam Allen dilaporkan tidak mengetahui dakwaan terhadap Rizalman, yang merupakan Pegawai Waran 2 dalan pasukan pertahanan, sehingga Jumaat, tujuh minggu selepas suspek ditahan polis New Zealand.
Laporan itu berkata, pegawai Malaysia diberikan maklumat bercampur oleh kementerian yang kemudiannya New Zealand bersetuju untuk beliau kembali ke Malaysia.

Kementerian itu bagaimanapun menjelaskan, pegawai Malaysia, ketika pertemuan rasmi pegawai dari dua negara berkehendakkan imuniti diplomat Rizalman ditarik balik bagi membolehkan dia didakwa.
Kekeliruan kemudiannya menjadikan Malaysia merumuskan New Zealand bersetuju diplomat itu kembali ke Malaysia berbanding didakwa di New Zealand.
Bagaimanapun, Putrajaya mengumumkan mereka membuat keputusan untuk mengekstradisi Rizalman ke New Zealand.
Keputusan Putrajaya itu disampaikan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kepada rakan sejawatnya, McCully.
Dalam satu kenyataan hari ini, McCully berkata beliau mengalu-alukan jaminan Rizalman mendapat perbicaraan adil atas dakwaan jenayah yang dikenakan terhadapnya.
"Tiada niat oleh mana-mana kerajaan untuk melepaskan kes ini, sama ada berlaku di Malaysia atau New Zealand, kita mahu melihat komitmen keadilan," katanya.
Rizalman ditahan pada 9 Mei atas cubaan samun dan serangan seksual.
Dia mengikuti wanita itu ke kediamannya di Brooklyn ketika dakwaan itu berlaku.
Rizalman ditahan pihak berkuasa New Zealand, namun pulang ke Malaysia selepas menggunakan imuniti diplomatiknya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.