Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ko tak tahu ke ? rakyat selangor dah bosan ngan PR ?

 

Selasa, 15 Julai 2014

Selangor:Jangan beri bola tanggung kepada BN, boleh sebabkan kematian ngeri

Grafik-Selangor-PakatanSHAH ALAM, 15 JULAI: Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) digesa untuk tidak ‘menonjolkan’ perbalahan seterusnya memberi bola tanggung kepada Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengintai peluang untuk merampas kembali negeri itu.

Exco Negeri yang juga Yang Di Pertua PAS Kuala Langat, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata dengan kekalahan Teknikal Knock Out (TKO) BN pada pilihan raya umum lepas, BN kini sentiasa mengawasi dan mencari sebarang peluang terluang.

Katanya, BN akan menggunakan peluang yang terhidang untuk mencemar imej PR yang kini mula sebati dengan rakyat Selangor.

“Oleh itu kepimpinan PR Selangor janganlah pula cuba untuk bermurah hati dengan memberikan senjata dan peluru hidup kepada pihak musuh untuk menembak secara tepat ke jantung sehingga boleh menyebabkan kematian yang sangat ngeri.

“Kepimpinan PR perlu juga mengingati bahawa rakyat Selangor kini terdidik untuk menghukum sebarang kesalahan kepimpinan yang cuba untuk memenuhi kehendak diri sendiri berbanding keutamaan kepada rakyat,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Yunus yang juga ADUN Sijangkang mengingatkan semua pimpinan PR khususnya di Selangor untuk tidak mengtuhankan agenda peribadi termasuk ketaksuban perebutan jawatan yang sebelum ini sebati dengan BN.

Katanya, keadaan itu akan memberikan stigma negatif kepada rakyat yang meletakkan harapan tinggi kepada PR dalam usaha membela perjuangan rakyat yang sejak dahulu dinafikan BN.

Yunus-Hairi“Janganlah kerana hasutan musuh dan matlamat peribadi insan bertopengkan haiwan menyebabkan kekalutan yang berterusan sehingga menyimpangkan perjuangan hakiki PR Selangor selama ini.

“Tidakkah disedari oleh kepimpinan PR Selangor keributan permasalahan dalaman ini secara terbuka boleh mengundang persepsi meluat dan menyampah di kalangan rakyat yang akan menyamakan kepimpinan kini tidak ubah seperti BNl yang cukup suka berbalah dengan agenda perebutan jawatan,” katanya.

“Rakyat Selangor perlu diyakinkan bahawa polisi dan agenda PR di dalam mengutamakan rakyat adalah sangat jelas dan tidak berubah.

“Tampuk kepimpinan boleh berubah tetapi agenda mengagihkan keuntungan dan laba Kerajaan Negeri kepada rakyat Selangor tetap akan berterusan,” katanya. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.