Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAAAAA ! KALO KU NAN BODOH, TAK KANLAH NAJIB PILIH DIAAAA !

Saturday, July 5, 2014

Ku Nan buat kerja bodoh dan tak masuk akal kata PERKASA


Ketua sayap pemuda NGO pro-Melayu PERKASA Irwan Fahmi Ideris berkata, kerajaan sepatutnya mengutamakan operasi membanteras kegiatan judi dan maksiat di ibu kota dan bukannya membasmi golongan miskin di bandar.

Ketua Wira PERKASA itu berkata, tindakan berkenaan, termasuk menyekat operasi NGO yang memberi makan percuma kepada warga miskin dan gelandangan itu hanya mendedahkan kelemahan kerajaan.

"Lebih baik menteri membasmi kegiatan kedai mesin judi, pelacuran dan perniagaan haram yang terbukti sangat berleluasa di Kuala Lumpur sebelum membuat arahan kurang cerdik..," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menganggap arahan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor itu "bodoh dan tidak masuk akal" yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang menteri.

"Dalam suasana Ramadan yang mana ramai mengambil kesempatan untuk bersedekah, menteri mengeluarkan kenyataan bodoh dan tidak masuk akal.

"Apa relevannya? Ingin pertontonkan kejahilan diri sendiri? Ini bukan soal populariti. Ini soal ibadah yang dituntut dalam Islam," tegasnya.

Kenyataannya itu merujuk kepada arahan Tengku Adnan untuk menghalang NGO yang memberi makanan percuma kepada golongan miskin dari beroperasi dalam lingkungan dua kilometer dari pusat membeli-belah Lot 10, Bukit Bintang.

Menurut menteri tersebut, kawasan berkenaan dikira sebagai tempat tumpuan pelancong, yang dibimbangi akan menjadi kotor dengan kehadiran orang miskin dan gelandangan.

Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan akan mengenakan denda ke atas golongan pemberi sedekah dan menangkap golongan pengemis bagi membasmi kegiatan seperti itu.

Kenyataannya itu menerima pelbagai kritikan dari aktivis NGO dan juga pemimpin politik sehingga beliau terpaksa mengeluarkan satu lagi kenyataan hari ini dalam nada lebih lunak.

Katanya, kementeriannya akan berbincang dengan 12 NGO yang telah dikenalpasti aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan.

Katanya, ia bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan-bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

~ Malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.