Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

mesti ada perangai yang dia ikut, belah emak ke bapak kew !

Wednesday, July 16, 2014

#CDM25 : Selain DIGI, Bung Mokhtar turut tawar untuk baiki kereta wanita itu..


Digi Telecommunications telah menawarkan untuk membayar kos baik pulih kenderaan lelaki warga emas yang dikatakan telah melanggar kereta seorang wanita, di mana video insiden wanita mengamuk terbabit kemudiannya menjadi viral di laman sosial.

Pemandu wanita terbabit dilihat hilang sabar dan menggunakan pengunci stereng untuk memarahi sambil menghentak-hentak kereta milik warga emas terbabit.

Digi melalui laman Facebook rasminya berkata, mereka akan membayar kos baik pulih kereta lelaki terbabit kerana sifat empati yang ditunjukkannya.

Syarikat telekomunikasi itu juga menawarkan untuk membayar gantirugi kepada wanita terbabit sekiranya dia “dapat memaafkan lelaki warga emas itu”.

Muat naik oleh Digi itu berjaya menarik perhatian ramai secara positif tatkala pelbagai cemuhan negatif dilempar kepada wanita tersebut, yang hampir boleh disifatkan sebagai membuli secara siber lapor AstroAwani

Manakala melalui lama mikro blog Twitter pula seorang individu yang menggunakan nama Bung Mokhtar Radin telah menyatakan kesanggupannya untuk membaiki kereta wanita tersebut.

Katanya "Tengok video orang share, kesian gadis bawak #peugot208 plate #CDM25 . mari abang Bung tulong repairkan kereta kamu.

Tapi sayang... individu tersebut bukanlah Bung Mokhtar MP Kinabatangan itu.. ianya adalah 'fake account' yang menggunakan nama Bung Mokhtar.

Bung Mokhtar mana berani... kalau dia yang tweet ayat tu.. pakai tidur diruang tamu l
aa... ha..ha..

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.