Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Polis Bertindak Ganas Terhadap Kami, Kata Peserta Perhimpunan Hijau


Peserta Perhimpunan Hijau menyerahkan memorandum kepada SUHAKAM menyatakan bahawa mereka amat kecewa dengan tindakan pihak polis daripada Ibu Pejabat Daerah Kuantan dalam mengendalikan perhimpunan aman rakyat ini. Perhimpunan ini telah diadakan pada 22 Jun lalu bagi membantah pembinaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

“Bantahan pada 22 Jun 2014 merupakan upaya untuk menuntut penutupan operasi kilang Lynas di Gebeng. Lebih 1000 orang telah hadir untuk menyatakan bantahan dan memberikan sokongan solidariti kepada gerakan Himpunan Hijau ini,” kata salah seorang peserta himpunan, Dr. Phua Kia Yaw.

Menurut beliau, peranan polis sepatutnya memberi bantuan kepada Himpunan Hijau untuk memastikan perhimpunan aman dijalankan secara lancar. Tetapi apa yang berlaku, pihak polis langsung tidak menghormati hak rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

”Pihak polis menghentikan perhimpunan ini dengan kekerasan yang akhirnya menyebabkan 16 orang peserta telah ditangkap di IPD Kuantan.

“Ini bukan sahaja mencabuli hak rakyat untuk berhimpun dan hak bersuara, malah hak kebebasan individu telah dilanggar oleh pihak Polis,” katanya. Tambah beliau, 15 orang tahanan telah dibebaskan pada awal pagi 23 Jun 2014 tetapi aktivis Friends of the Earth yang berasal dari Australia, Natalie Lowrey, telah terus ditahan dan hanya dibebaskan pada 27 Jun 2014.
 
 “Ini merupakan salahguna kuasa oleh polis. Penggunaan undang-undang immigrasi untuk menahan beliau selama 6 hari juga merupakan satu tindakan berniat jahat untuk menghukum Natalie Lowrey sebagai warga asing yang menyokong Himpunan Hijau,” katanya. Pada 22 Jun, telah berlaku pergelutan dan penangkapan oleh pihak Polis terhadap para peserta Himpunan Hijau. Menurut peserta, mereka mendakwa telah dipukul oleh pihak polis dan diberi layanan yang sangat teruk. Saksi dan mangsa kejadian telah membuat laporan polis tentang keganasan itu.
 
 “Kami rasakan bahawa penindasan, penyalahgunaan kuasa dan keganasan polis semasa Himpunan Hijau adalah pencabulan hak asasi yang teruk dan mereka yang terlibat harus dibawa ke muka pengadilan.
 
 Sehubungan itu, para peserta Himpunan Hijau menggesa agar pihak SUHAKAM melaksanakan penyiasatan awam dan terbuka terhadap tindakan polis yang bertindak ganas pada Himpunan Hijau 22 Jun lalu. Sidang media ini turut dihadiri oleh ADUN Semambu, Lee Chean Chung. -FMT

SEKITAR DEMO ISU LYNAS DI GEBENG KUANTAN 22 JUN 2014









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.