Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 12 Julai 2014

Kenapa siasat saya, kata Sanjeevan lepas dedah skandal seks pegawai polis

Pengerusi MyWatch S Sri Sanjeevan ingin tahu sebab beliau disiasat polis akibat pendedahan skandal seks seorang pegawai kanan polis.Pengerusi MyWatch S Sri Sanjeevan ingin tahu sebab beliau disiasat polis akibat pendedahan skandal seks seorang pegawai kanan polis.Pengerusi MyWatch S Sri Sanjeevan hari ini mempersoalkan mengapa dia yang harus disiasat selepas mendedahkan skandal seks pegawai kanan polis.
Sanjeevan berkata kepada The Malaysian Insider dia menerima surat dari bahagian Sekretariat (Disiplin) Ketua Polis Negara bertarikh 8 Julai bahawa dia disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan di mana perkataan atau perbuatan bertujuan menghina seseorang.
"Pendedahan saya melalui MyWatch dikira sebagai berniat menghina seseorang," katanya merujuk kepada surat itu.
Sanjeevan berkata kenyataannya direkodkan polis minggu lalu dan diminta untuk menyerahkan semua dokumen dan bukti berkaitan kes.
Bagaimanapun, Sanjeevan enggan bekerjasama kerana percaya polis mahu melindungi kes dan pegawai kanan polis berkenaan.
"Malah, saya juga percaya polis cuba mencari siapa yang mendedahkan maklumat itu kepada saya dan MyWatch."

Sanjeevan berkata jika dia menyerahkan semua bukti dan dokumen berkaitan kepada polis, ia akan dimusnahkan dan kes akan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
"Skandal seks ini akan dilupakan bersama dengan kes berprofil tinggi lain.
"Saya ingin tahu mengapa pegawai polis yang terlibat tidak disiasat malah saya yang menjadi tumpuan?"
Sanjeevan berkata dia sudah pun menyatakan mahu bercakap sama ada dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes ini atau pun kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Saya dah dimaklumkan oleh pihak ketiga yang Khalid tidak mahu berjumpa saya.
"Jika pihak berkuasa telus mahu membersihkan pasukan polis, mereka akan berjumpa saya," katanya.
Surat kepada Sanjeevan turut menyatakan dia disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Polis mendakwa Sanjeevan mempunyai bukti yang boleh diedarkan menerusi sistem aplikasi WhatsApp, imej atau video yang berkait dengan skandal seks itu.
Sanjeevan dituduh memberikan maklumat skandal seks itu kepada umum pada Jun dan Julai menerusi laman sesawang MyWatch.
Dalam keterangannya minggu lalu, Sanjeevan mendakwa menerima satu set dokumen dan imej pegawai kanan polis yang dipercayai terlibat dalam skandal seks.
Sanjeevan enggan menamakan pegawai kanan polis itu tetapi bersedia melakukan segalanya demi rakyat.
Bagaimanapun, Sanjeevan berkata perdana menteri dan menteri dalam negeri perlu memberi jaminan tidak mengambil tindakan terhadapnya.
Dalam keterangannya, Sanjeevan mendakwa pendedahannya sebelum ini tidak disiasat dengan sewajarnya.
"Ini satu lagi peluang bagi Putrajaya menunjukkan mereka tidak berkompromi dengan penjawat awam terutama polis apabila membabitkan salah guna kuasa,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.