Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEPARUH DARI AHLI ANGGOTA OIC ADALAH FREEMANSON

Isnin, 14 Julai 2014

Keganasan Israel: Henti sikap membisu OIC

10525985_728845527157526_5837303294138685142_nKUALA LUMPUR 14 JULAI: Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menyelar sikap membisu pemimpin Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam krisis kemanusiaan di Palestin.

Menurutnya, OIC dilihat gagal menjalankan peranannya untuk menjadi perantara bagi mencari jalan penyelesaian kepada krisis yang berlanjutan sejak sekian lama.

“Kita tidak terkejut kerana pertubuhan itu dipimpin oleh Arab Saudi yang kebetulan adalah sekutu baik kepada Amerika. Sikap membisu ini memberi gambaran negara islam tidak bersatu dalam banyak hal termasuk isu Palestin,” jelasnya.

Jelasnya, kelemahan itu menyebabkan tentera-tentera rejim zionis semakin berani bertindak ganas membunuh rakyat Palestin yang dinafikan tanah milik mereka.

“Pemimpin negara Islam nampak tak serius cari jalan selesaikan berhubung masalah Palestin ini, kita tidak berani bersuara, ini kesilapan terbesar kita.

“Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), apabila terjadi krisis di Ukraine contohnya, kita lihat ada desakan kuat supaya ia segera diselesaikan.

“Tetapi isu Palestin, ia berlanjutan ke hari ini, dan puncanya adalah kerana pemimpin negara islam sendiri tidak bersatu menyatakan desakan supaya krisis itu ditamatkan,” tegas beliau ketika dihubungi.

OIC jelasnya tidak lagi boleh mengambil sikap berdiam diri dalam hal ini dan desakan kuat perlu dibuat bagi memberi tekanan supaya tindakan rejim zionis itu dihentikan segera.

Muhammad Nur sementara itu menyambut baik cadangan Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) yang mahu sebuah pasukan tentera Islam dengan keanggotaan pelbagai negara Islam seluruh dunia ditubuhkan.

IKIAM sebelum ini dipetik berkata, selain usaha diplomasi dan rundingan yang dijalankan, penubuhan tentera berkenaan secara tidak langsung dapat menyedarkan pengganas Israel bahawa umat Islam bersedia mempertahankan Gaza dan Palestin daripada dimusnahkan.

“Saya sambut baik cadangan itu, sudah sampai masanya kita tidak hanya lagi boleh berdiam diri.
“Mungkin satu-satunya pilihan yang kita ada adalah dengan mewujudkan tentera dari kalangan negara Islam untuk menghentikan tindakan kejam rejim zionis itu,” tegas Muhammad Nur.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.