Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, July 13, 2014

Terdapat Kesan Luka Di Badan Regina

Polis kata luka di badan Regina akibat calar
mk - 4:19PM - 12 Jul 2014

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata siasatan ke atas mayat model sambilan Estonia mendapati luka yang dialami itu adalah kesan lebam dan calar.

Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan Hasnan menyebut, polis bagaimanapun masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat Regina Soosalu, 29, bagi mengesahkan punca sebenar kematiannya.

“Kita masih menunggu keputusan makmal untuk memperolehi jawapan punca kesan lebam dan calar pada mayat mangsa,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Polis semalam menahan Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim untuk membantu siasatan pembunuhan teman wanitanya, model Estonia Regina Soosalu, di Pulau Rawa.

Kerabat diraja berusia 28 tahun itu dilaporkan akan ditahan selama seminggu bersama dengan rakannya yang hanya dikenali sebagai Augustine, 30.

Berikutan itu, tujuh orang telah ditahan dalam siasatan berhubung
kematian model tersebut.

Soosalu pada mulanya dianggap mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai beberapa selepas dia tiba di pulau itu.

Tetapi siasatan dijalankan selepas luka yang mencurigakan ditemui di badannya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.