Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA TERGESA-GESA NAK TUKAR TU DARI PARTI MANA ? JAWAB SENDIRI LA !


Sunday, July 13, 2014

Tak perlu tergesa-gesa tukar MB Selangor.. Anwar Ibrahim kata..


Ha.ha..ha... kan aku dah kata.. cakap banyakpun tak guna, memang nampak macam kurang bijak dalam politik Tan Sri Khalid tu...

Tapi 'Kajang Move' dia dah check mate semasa PRK Kajang dulu tu..

Fikirlah sendiri apa yang aku kata tu..

Yang riuh rendah menyerang Tan Sri Khalid tu tentu faham matlamat 'Kajang Move' itu.. tapi sayang tak nampak apa yang dah berlaku semasa PRK itu..

Kalau tak nampak jugak.. ni aku bagitahu sikit.. 'Kajang Move' tujuannya nak gantikan Tan Sri Khalid.. tapi Tan Sri Khalid sendiri bukannya bodoh sangat pun..

Sepatutnya yang memegang jawatan Pengarah PRK itu ialah Azmin Ali tapi jawatan tersebut telah diminta oleh Tan Sri Khalid..

Jadi bila Tan Sri Khalid memegang jawatan tersebut ianya sudah merosakkan strategi 'Kajang Move'..

Tambahan pula dana untuk PRK sebanyak RM?Juta itu majoritinya adalah dari hasil usaha Tan Sri Khalid..

Jadi ianya membuatkan ada yang dah terhutang budi..Bila dah jadi macam ni.. nak tendang Tan Sri Khalid dari kerusi MB tu macam mana?..

Bila PRK Kajang PKR menang kredit sudah tentu untuk Pengarah PRK ditambah pula dengan dana yang dicurah..takkanlah kita nak dilabel sebagai tak tahu mengenang budi kot?

Tak apa.. bersabarlah...

Hari ini Malaysiakini melaporkan... Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak akan bertindak tergesa-gesa untuk mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

"Ada persefahaman, tapi saya tak fikir kita perlu tergesa-gesa," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Segambut malam ini.

Beliau ditanya sekiranya Pakatan menetapkan tempoh tertentu kepada Khalid untuk berundur dari jawatan tersebut.

Anwar berkata Pakatan sedang berunding untuk mencari penyelesaian ke atas perkara itu.

Anwar juga enggan menjelaskan sekiranya Khalid sudahpun memilih pengganti untuk jawatan berkenaan.

"Perbincangan ini dibuat secara tertutup, lebih baik kita tanganinya dengan teratur dan tertib," katanya.

Anwar turut memuji prestaasi yang ditunjukkan Khalid, namun menambah rakyat Selangor menaruh harapan yang lebih tinggi pada Pakatan.

"Kadang-kadang kita perlu bina persefahaman...," katanya yang memberi gambaran bahawa Khalid sering mengabaikan rundingan dengan parti dan Pakatan ketika membuat keputusan penting.

Awnar berkata, proses itu juga sebahagian dari "Langkah Kajang" – rancangan untuk beliau bertanding di kerusi DUN Kajang dan seterusnya dilantik ke jawatan MB.

"Langkah Kajang itu secara asasnya untuk meningkatkan prestasi.

"Harapan rakyat terlalu tinggi dan orang sudah tidak sabar, seperti komen dari NGO," katanya, merujuk kepada kritikan dari masyarakat sivil ke atas keputusan Khalid yang menimbulkan kontroversi, termasuk projek lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Anwar turut ditanya mengenai pertemuan di antara Khalid dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis berbuka puasa semalam.

Anwar tidak menunjukkan kebimbangan ke atas pertemuan tersebut, dan Khalid juga telah menjelaskan perkara itu.

"Kita temui (Khalid) pada malam tadi dan beliau menjelaskan dan berjenaka mengenainya (sebagai reaksi kepada pertemuan itu," kata Anwar lagi.

Katanya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR, turut hadir dalam pertemuan dengan Khalid.

Anwar diminta mengulas mengenai spekulasi yang timbul mengenai kemungkinan Umno cuba mendekati Khalid, yang kini berdepan tekanan dari PKR untuk meletak jawatan sebagai MB lapor Malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.