• Adik kepada penumpang pesawat MAS MH17, Noraini Mohd Noor Adik kepada penumpang pesawat MAS MH17, Noraini Mohd Noor
1 / 1
SEPANG -  Adik kepada penumpang pesawat MAS MH17, Noraini Mohd Noor, 50 berkata, kakaknya Norahimah Mohd Nor,67, berada dalam pesawat berkenaan untuk pulang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, kepulangan kakaknya itu kali terakhir, lima tahun lalu setelah menetap di Geneva sejak 30 tahun.

"Dia sepatutnya pulang bersama anak lelakinya tetapi hanya pulang seorang diri dan bercuti  di sini selama enam minggu," katanya.

Beliau yang sebak memaklumkan mengetahui nahas pesawat MH17 yang terhempas di ruang udara Ukraine itu setelah mengikuti perkembangan berita di televisyen.

Noraini kemudian ditenangkan ahli keluarganya yang lain dan meminta media menghormati keadaan keluarga yang sedang bersedih.