Tengku Adnan: Bukan itu niat saya...
SHAH ALAM - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor sedia memberi penjelasan termasuk membuat pindaan terhadap
undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara yang menjadi
kontroversi mutakhir ini.
Menerusi laman sosial Facebook miliknya, Tengku Adnan berkata, niat sebenar beliau adalah untuk memperbetulkan keadaan di ibu kota dan sedia untuk memberi penerangan kepada pihak yang salah tanggap terhadap kenyataannya.
"Saya tak menidakkan usaha-usaha murni mana-mana pihak yang membantu gelandangan dan fakir miskin di ibu kota. Saya juga telah terbaca kata-kata kesat yang telah dilemparkan kepada saya.
"Saya nak maklumkan bahawa niat saya tak sedemikian. Saya harap masyarakat dan orang ramai faham masalah yang sedang dihadapi. Niat saya nak jadikan ibu kota bersih. Untuk itu, saya sedia mendengar dan buat pindaan terhadap apa-apa yang perlu," ujar Tengku Adnan.
Beliau sebelum itu menerima kritikan hebat masyarakat di media sosial susulan kenyataan meminta NGO yang bergerak aktif menyalurkan bantuan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota supaya berhenti berbuat demikian.
Menurut Tengku Adnan, pihaknya bukan menghalang sebarang aktiviti kebajikan sedemikian, namun ia sebagai inisiatif dalam memastikan ibu kota tidak terus tercemar baik dari segi keberadaan golongan itu, mahupun daripada aspek kebersihan.
Tambahnya lagi, pihaknya dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenalpasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO terbabit boleh meneruskan aktiviti sukarelawan mereka.
“Aktiviti seperti ini hanya menggalakkan orang ramai untuk menjadi gelandangan dan menganggur. Terdapat ramai orang seperti itu yang kami bantu untuk dapatkan pekerjaan tetapi kembali ke tabiat lamanya kerana mereka menyifatkan ia lebih mudah," ujar Tengku Adnan.
Terdahulu, beliau dipetik sebagai berkata, pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat.

2 orang berkata:
Muka si tengku ni.seakan2.yg duduk dlm cadbury tu. X da muka iman kat wajah2 umno ni
Itulah yang ada dalam lubuk hati Umno ni, tetapi sayang sekali penyokong tegar Umno yang merempat tetap setia menyokongnya tanpa berbelahbagi, kesian melayu. Menang sorak kampong tergadai.........
Post a Comment