Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUANGURU NIK AZIZ MASIH HIDUP

DUA KENYATAAN RASMI MB KELANTAN

July 18, 2014





1. KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN BERKENAAN NAHAS PESAWAT MH 17

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah yang bermaksud: Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. ( Al-Baqarah: 156-157 )

Saya agak terkejut apabila mendapat makluman bahawa pesawat MH 17 yang memuatkan ramai penumpang dari negara kita yang dijangka tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi tadi telah terhempas dan kesemua 295 orang penumpang serta anak kapal dilaporkan setakat ini terkorban. Belum lagi reda isu kehilangan pesawat MH 370 pada Mac lalu, kini satu ujian yang besar lagi terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Saya yakin kepimpinan kerajaan sedang mengenalpasti punca nahas ini dan berharap dapat melaporkan peringkat demi peringkat khususnya berhubung dengan keadaan penumpang serta anak kapal. Sudah tentu keluarga mereka yang sebahagiannya menanti di KLIA pagi tadi amat sedih diatas kejadian yang tidak diduga ini.

Takziah dari pihak saya dan kerajaan negeri, semoga seluruh keluarga penumpang serta anak kapal dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian getir ini.

Salam hormat,

Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob
Menteri Besar

2. TOK GURU PEMIMPIN UMMAH SEJAGAT

Pagi ini tersebar dilaman sosial serta sms yang mengatakan bahawa Tokguru Hj Nik Aziz meninggal dunia kerana komplikasi jantung. Sejak daripada semalam sms yang mengatakan beliau kritikal dan tadi telah meninggal menjadi bahan cakap pagi ini. Tokguru ada keluarga jadi kena tanya keluarga dia dan berita tentangnya sudah sekian lama dilaporkan secara pantas, tiba-tiba datang sumber yang tidak berasas terus dipercayai, ini tidak betul.

Islam melarang keras menyebarkan hal peribadi seseorang yang belum ada kepastian dan ia termasuk dalam perkara fitnah yang boleh membawa dosa. Pemberitaan mesti tepat dan benar, walau terhadap musuh atau orang yang tidak disenangi. Kecanggihan dunia hari ini dan semangat suka berlumba-lumba dalam melaporkan sesuatu kadang-kadang menjadi musibah dalam masyarakat.

Sebelum zohor kelmarin, saya menziarahi Tokguru di HUSM, soalan pertama Tokguru kepada saya ialah tentang macamana pergolakan yang berlaku di Gaza dan bukannya diceritakan perihal keuzuran diri dia. Sikap Murabbi ummah ini yang sentiasa mementingkan orang lain menjadi darah dagingnya. Pemikirannya tertumpu kepada masalah masyarakat tempatan dan dunia. Inilah Tokguru! Tiada yang boleh menandinginya dalam hal ini.

Sama-sama kita doakan Tokguru sentiasa sihat dan dapat memberi idea membangunkan ummah sepanjang waktu.

Ustaz Dato Haji Ahmad Yakob
Pesuruhjaya PAS Kelantan
20 Ramadhan 1435

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.