Monday, July 14, 2014
Bertambah Meghoyanlah Para Pencacai!
Rara: Dari mana, nak ke mana (Bahagian 1)
13 Julai 2014
13 Julai 2014
Populasi ‘awek
cun’ di Parti Tindakan Demokratik nampaknya kian meningkat. Pasca
pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang akhirnya maju ke depan dan
dengan berani mengisi borang keahlian sebuah parti yang telah sekian
lama difitnah sebagai parti ‘komunis’ dan ‘cauvinis cina’.
Terbaru, DAP
menerima permohonan keahlian daripada seorang ikon anak muda yang boleh
tahan popular sejak ditemui hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0. Young
Syefura Othman, atau lebih mesra dipanggil Rara, mengisi borang keahlian
DAP setelah menghadiri sesi dialog bersama pimpinan muda parti di ibu
kota.
Anak gadis
berusia 25 tahun ini merupakan anak perempuan tunggal daripada tujuh
orang adik-beradik. Dia mendapat inspirasi politiknya daripada sang ibu
yang merupakan seorang aktivis PAS.
“Kami turun
perhimpunan Bersih satu keluarga,” ujarnya berkisah tentang pengalaman
pertama kali menyertai perhimpunan aman membantah penipuan pilihanraya
itu.
Rara
bernasib baik kerana datang awal dan pulang awal, lalu tidak terkena
asap gas pemedih mata atau ditembak air gatal. Beliau malah menjadi
bualan anak-anak muda Malaysia setelah fotonya tersebar luas dan
disebut-sebut sebagai salah satu ikon perhimpunan tersebut.
Kemasukan Rara
ke dalam DAP disambut dengan reaksi bercampur-campur daripada berbagai
pihak. Antara yang paling pantas memberi reaksi negatif pastinya pihak
musuh yang dengan cepat melabel beliau, selain memuatnaik grafik
kononnya Rara seorang pakar urut batin. Siap dengan alamat dan nombor
telefonnya sekali.
“Saya menyertai DAP kerana ia menyediakan ruang untuk wanita muda Melayu terutamanya,” kata beliau memberi penjelasan.
“Kita
kekurangan pimpinan wanita muda. Kita mungkin ada Nurul Izzah dalam PKR,
kalau PAS saya tidak pasti siapa. Kalau kenal pun Kak Aiman (Athirah)”
tambahnya, sambil berkata kemasukannya ke dalam DAP adalah dengan
cita-cita untuk mengajak lebih ramai wanita untuk turut ke depan dalam
perjuangan mengembalikan demokrasi dan keadilan.
Minat beliau
terhadap DAP bertambah rancak pasca fenomena Dyanamania yang melanda
seluruh negara, di samping dasar parti yang menolak politik perkauman
dan terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang apa pun.
“Semua
kawan-kawan terkejut bila saya masuk DAP, semua orang asyik tanya,
kenapa DAP?” tambahnya sambil memberitahu bahawa keluarganya menerima
keputusan beliau dan faham benar dengan kiprah politik Rara serta
memberikan beliau sokongan terus-menerus.
Hentaman dan
serangan terhadapnya dianggap hal biasa. Poster dan grafik di
laman-laman sosial memfitnah kononnya Rara mendaftar sebagai ahli seumur
hidup DAP dan kononnya berhasrat menghapuskan hak-hak orang Melayu.
Padahal Deklarasi Shah Alam yang dibuat pada 8 Januari 2012 jelas
mempertuntukkan bahawa DAP “Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
dan Bumiputera serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub
dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.”
“Tapi
disebabkan saya macam dah terbiasa, saya biarkan sahaja,” ujarnya yang
sebelum ini sudah pun pernah difitnah dengan pelbagai tuduhan pasca
perhimpunan Bersih 3.0. “Bila saya kena sekali lagi waktu masuk DAP,
saya sudah boleh bersedia. Saya ketawakan saja,” ujarnya menguntum
senyuman.
Tidak
kalah hebat ialah tuduhan bertalu-talu daripada pihak musuh kononnya
DAP mempergunakan gadis-gadis cantik jelita untuk menarik kemasukan
orang Melayu. Rara melihat tuduhan itu sebagai sesuatu yang positif
kerana baginya pihak musuh sudah ketandusan ide untuk mencari kesalahan.
Tetapi, hakikatnya, memang benar sudah ramai yang berminat untuk
menyertai DAP.
Bak kata orang,
tak kenal maka tak cinta. Setelah sekian lama DAP dimomok-momok sebagai
parti cauvinis Cina, kehadiran ‘awek-awek cun’ secara tiba-tiba
meleburkan persepsi negatif tersebut, dan secara tidak langsung menarik
minat orang ramai untuk mendekati parti yang dijaja-jaja musuhnya dengan
pelbagai cerita karut.
Kekurangan
wanita muda dalam aktivisme politik Malaysia bagi Rara adalah akibat
daripada kerunsingan dan ketakutan untuk terlibat, selain disibukkan
dengan urusan harian serta kurangnya sistem sokongan bagi mereka.
Tambah-tambah pula yang bekerja dengan kerajaan.
“Mereka memang
tidak berani menonjol, takut kalau apa-apa berlaku terhadap mereka,”
jelasnya lagi, sambil berkata bahawa ketakutan kaum wanita yang
meminggir daripada aktivisme mendorong beliau untuk lebih ke hadapan.
“Kita perlukan seseorang untuk ke depan dan menjadi contoh, pemimpin dan pembuka jalan.”
“Sekali kita maju setapak, orang yang di belakang akan ikut kita,” tambah beliau.
Ikuti bahagian kedua, kerunsingan anak muda, dan apa yang mereka boleh lakukan demi menyongsong perubahan. – Roketkini.com
1 orang berkata:
2018323 leilei3915
ray ban sunglasses
michael kors outlet
mbt shoes
ray ban sunglasses outlet
coach outlet online
michael kors outlet online
christian louboutin outlet
michael kors outlet
canada goose jackets
canada goose outlet
Post a Comment