Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

15+13 =28 /15+12+1 = 28 INI SEMUA TIDAK DI BUKTIKAN, JADI JANGAN SPEKULASI


NANTI SULTAN KATA "SAYA SUKA LELAKI AND SAYA KURANG PERKENAN POMPUAN JADI MB !!!

PKR 13 DAP 15 = 28, INI SEMUA ADA DALAM OTAK BUKA DALAM AKAL DAN BUKAN RIYALITI. PAS 15, UMNO 12 BEBAS 1, INIPUN BUKAN RIYALITI, SELAGI TIDAK DI BUKTIKAN, JADI JANGAN SPEKULASI, RAKYAT SUDAH CERDIK NILAI PANDANGAN ORANG POLITIK

KATAKANLAH KEDUA-DUA KUMPULAN INI SAMA-SAMA 28, SO WHAT ? NANTI SULTAN KATA "OK HANGPA SEMUA DRAW, SAMA BANYAK ,SAMA-SAMA KUAT SAMA-SAMA LEMAH, "SAYA AKAN BERIKAN JAWATAN INI DENGAN ORANG YANG BERKECUALI, DEMI KEADILAN, ORANG NI TAK DE PARTI ! HANGPA MELEPAS JUGA SUDAHNYA !  JADI DISINILAH NANTI AKAN MENUTUP MULUT HANGPA, KEMUDIAM MALUUUU ! SO SEBAB ITU SETIAP GERAKAN MESTIKAH BIJAKSANA - Pak Karamu

Monday, August 11, 2014

Panggil Sidang DUN Tergempar! PKR, DAP Desak Khalid.


  Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menghadiri sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini. DAP dan PKR mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sejauh mana sokongan yang dimilikinya dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 11 Ogos, 2014. 
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menghadiri sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini. DAP dan PKR mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sejauh mana sokongan yang dimilikinya dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 11 Ogos, 2014.
 
PKR dan DAP hari ini mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar.

Kedua-dua parti Pakatan Rakyat (PR) itu berkata kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan adalah meragukan.

"Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti DUN itu adalah meragukan," kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, hari ini. Sebaliknya, DAP dan PKR mendesak supaya Khalid membuktikan beliau mempunyai sokongan.

"Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperoleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa," kata kenyataan itu lagi.
"Ini termasuklah memanggil sidang DUN untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan beliau mempunyai sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan Umno," katanya.

DAP dan PKR secara terbuka menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor baharu. Ia menjadikan DAP dan PKR memiliki 28 Adun menolak Khalid, cuma PAS belum menyatakan pendirian. PAS memiliki 15 Adun di Selangor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.