Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALAMAT PILIHANRAYA LA SUDAHNYA

Jumaat, 22 Ogos 2014

Kenyataan Khalid Samad Bukan Pendirian Pas

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bahawa pengguna internet (netizen) berpandangan Sultan Selangor tidak sepatutnya diberi kuasa mutlak melantik menteri besar, bukan menggambarkan pendirian PAS.

Sebaliknya kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, kenyataan Khalid itu hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili pandangan rasmi parti.

"Ini tidak menggambarkan pendirian PAS. Ia hanya pandangan peribadi beliau.

"Pendirian PAS adalah, apa yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, di mana Tuanku merupakan kata pemutus dalam perlantikan menteri besar," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam sidang medianya semalam berkata, netizen kini sudah mula memberikan pandangan sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan.

Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau mendakwa bukan sahaja pengguna internet, malah ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut berkata seperti itu.

Dalam pada itu, Mustafa turut mengingatkan semua pimpinan PAS agar tidak membuat kenyataan peribadi secara terbuka khususnya berkait dengan isu-isu sensitif.

"Kenyataan peribadi pemimpin PAS ini kadang-kadang disalah tafsir sebagai pendirian rasmi PAS.

"Jadi jangan buat kenyataan peribadi secara terbuka, terutama dalam perkara sensitif," tegasnya. - Hrkh

3 orang berkata:

Anonymous said...

X pyh dok sibuk ..tunggu keputusan sultan

Anonymous said...

Tak serik2 sikhalid sengal ni buat hal. Ko org Johor. Klu berani tegurlah Sultan Johor alamat abang dia sendiri halau x bg blk Johor. Dia punya pasal jugak YB Dr Rani jd mangsa dgn istana x leh jd exco. Dah lah sipendek songkok tinggi nih jenis keras kepala si khalid lak ego sombong..ngam lah jd sparing partner susahkn jamaah pas.

Anonymous said...

Hang ni pasti umno totok

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.