Anwar akui Khalid ada integriti
- Anwar ketika menyampaikan amanat kepada anggota PKR dalam Kongres Nasional PKR ke-10 di Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan
sumbangan dan integriti Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
sepanjang mentadbir Selangor.
Namun, Anwar menegaskan, seorang pemimpin seharusnya tunduk kepada perjuangan yang dibawa parti.
“Bukan jawatan yang dituntut. Saya tahu Abdul Khalid seorang yang jujur, amanah, berjimat dan telus, tetapi sebagai seorang ahli parti beliau harus mendengar dan berbincang dengan parti," katanya semasa menyampaikan ucapan amanat di Kongres Nasional PKR ke-10, semalam.
Anwar mengakui, beliau tiada masalah dengan corak pentadbiran Abdul Khalid secara amnya, walaupun kepentingan parti mungkin terabai dalam keadaan tertentu.
“Abdul Khalid sahabat saya. Saya kata dengarlah sedikit. Ini bukan soal kontrak atau jawatan tetapi soal kepedulian,” katanya.
Anwar juga tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu melancarkan serangan peribadi untuk memaksa Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Katanya, PKR sebaliknya bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada rakyat mengapa Adun Pelabuhan Klang itu dipecat daripada parti dan harus berundur sebagai menteri besar.
Menurut Anwar, teguran yang dibuat bersebab dan perubahan perlu dilakukan demi kebaikan.
"Perlu diingatkan dalam parti kita ada peraturan, tidak boleh langgar sesuka hati.
“Jangan pula apabila diberi ruang dan peluang untuk berbincang, parti diserang dengan melakukan tindakan-tindakan yang melanggar peraturan parti," katanya.
Anwar berkata, setiap pemimpin sama ada di peringkat cabang atau kepimpinan tertinggi harus tunduk kepada perjuangan parti.
Anwar turut meminta semua ahli PR bersatu dan muafakat, mengikut peraturan yang betul dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan dalam PR.

4 orang berkata:
Lg kasi Konar... Tahniah
Bukan semua ahli pr,tapi ahli pkr yg.perlu dikawal mulutnya. Ramai yg.mulut longkang.
Pkr yg.lebih memerlukan pr. Untok survival anwar.
Khalid ada intergriti
Wan azizah ada everything.
Khalid cant give anwar nothing.
Azizah can give anwar everything.
So faham faham la.
Pkr punya hal...lantak korang la..ceramah pkr pun aku x nak pegi dah sbb budak2 pkr ni taraf longkang..dlm perhimpunan bersih paling sial buat onar pun budak2 pkr.
Post a Comment