Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Apa pandanga tuan tentang pemecatan ? saya puasa hari ni, tak leh cakap, tu cakap tu ? emmmmm....mariam !

Ahad, 10 Ogos 2014

Terkini : Tok Guru Nik Aziz Mengulas Pemecatan TS Khalid

 Gambar fail

KOTA BAHARU: Pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.


"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini malam ini.


Nik Abdul Aziz juga berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama PAS) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.


Sementara itu di SHAH ALAM, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata tindakan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta sudah dijangka.


Katanya, beliau kini hanya menunggu arahan daripada parti mengenai tindakan selanjutnya.


"Saya telah menjangka Abdul Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka. Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.


Ketika mengumumkan keputusan MPP itu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata keputusan sebulat suara MPP itu dibuat berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Tan berkata selain itu, Abdul Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar, Exco dan ADUN Selangor.


Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.