Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIAR ANAK JATI SELANGOR MEMANJANGKAN LIDAHNYA


BERAPA RAMAI ANAK JATI SELANGOR YANG MEMANJANGKAN LIDAHNYA ? Pak Karamu

Monday, August 18, 2014

Anak Jati Selangor demo bantah pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor


Tengahhari tadi di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), sekumpulan pemuda yang mendakwa diri mereka anak jati Selangor telah mengadakan tunjuk perasaan membantah pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut mereka, demonstrasi aman itu dilakukan untuk meluahkan rasa tidak puas hati kerana tiada anak jati Selangor yang dicalonkan untuk jawatan berkenaan.

Mereka turut menyatakan ketidak yakinan terhadap kemampuan ADUN Kajang itu dan mendakwa beliau tidak menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin baik di peringkat pusat mahupun negeri.

Salah seorang daripada mereka, Kamal Hasbi, 26, turut menyatakan anak-anak muda yang menjadi majoriri pengundi di Selangor mahukan semua pihak menghormati keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini tidak berkenan dengan pencalonan Wan Azizah.

Rakan beliau, Hafiz Saroni, 23, pula menegaskan penolakan pencalonan Wan Azizah oleh ramai pihak bukan sebab gender tetapi kewibawaan beliau sebagai pemimpin selain Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang menetapkan jawatan Menteri Besar dipegang oleh anak watan negeri lapor Blog Macai..


Kah.. kah.. kah.. kalau demo setakat 10 orang saja.. tak payah buat demo la..

Balik tolong emak pergi kedai lagi baik!

Anak-anak Jati Selangor atau anak-anak pemimpin JATI Selangor ni?

2 orang berkata:

Putra IJ80 said...

letak lah spe pn Anak asli dari hutan Selangor ini akan membantah kerana mereka x der duit dapat ambik upah 2-3 RM..dah cukup utk melalak ...

Biasa lah hidup susah dapt sekampit beras sekilo gula sedikit pakaian...mereka merasa sudah kaya bolh makan 4-5 tahun lama nya....

kita dh byk belajar dari sejarah nya.

Jgn maree..

Anonymous said...

Lantak lah siapa pun yg bercita cita nak jadi mb Selangor.hak menentukan Tuanku Sultan Selangor.nama dah naik tapi tak jadi mb baru padan muka.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.