Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DARI ANALISIS INI MAJLIS PRESISEN PERLU BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN

WOW, ADA YANG BERTANYA, APA MUSLIHAT SEMUA INI ? WAN AZIZAH SEBAGAI CALON MB SENDIRI MEMBISU DAN DIA KATA KHALID BAGUS, SEMENTARA YANG LAINNYA TERSANGAT SEBOK ! APAKAH RAHSIA KESEBOKAN INI ? Pak Karamu

 

Selasa, 5 Ogos 2014


Undi Khalid keluar, bukan lempar skandal, kata penganalisis

Penyebaran skandal bukan cara terbaik untuk menyelesaikan krisis menteri besar Selangor, kata penganalisis dan Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya menggunakan undi di kalangan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk memaksa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan itu.
 Penganalisis di sebuah forum awam di Kuala Lumpur malam tadi turut membahaskan kesesuaian Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar di negeri terkaya dalam negara itu kerana ia akan menjurus kepada dakwaan kronisme dan nepotisme –
kritikan yang sering dilemparkan kepada pesaingnya, Barisan Nasional (BN). Saintis politik Dr Wong Chin Huat berkata PR juga mungkin boleh kehilangan Selangor jika undi tidak percaya diadakan sekarang atau jika pilihan raya negeri diadakan.  
 Bukan strategi sahih Ahli panel forum itu mengkritik keputusan PKR semalam untuk mendedahkan laporan lebih 50 halaman yang dikatakan mempunyai butiran terperinci ‘isu integriti’ dengan Khalid. Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata ia adalah strategi yang salah dalam keadaan sekarang. 
Rakyat akan persoal mengapa letak dia sebagai calon menteri besar jika integritinya terjejas, kata Ketua Eksekutif Ideas Wan Saiful Wan Jan.“Jika anda mula mendedahkan pelbagai perkara sekarang, nanti rakyat akan tanya mengapa anda mencalonkan dia sebagai Adun dan menteri besar? “Saya harap PAS dan PKR tidak menggunakan penyebaran skandal untuk mendesak Khalid berhenti,” katanya di majlis forum bertajuk “Krisis MB Selangor dan Cara Maju ke Depan” anjuran Gabungan Bertindak Malaysia. 
Wan Saiful berkata, PKR boleh menggunakan kaedah dalaman parti untuk membolehkan Khalid mematuhi keputusan yang dibuat untuknya mengundur diri dan ini termasuk mendisiplinkan beliau atau memintanya meninggalkan parti. Ini kerana kedudukan Khalid sebagai Adun dan menteri besar terikat dengan statusnya sebagai ahli PKR. Dalam sistem berparlimen, pemegang kuasa dipilih oleh ahli parti, bukan secara langsung dipilih pengundi.
 Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail semalam berkata parti akan mengedarkan laporan kepada pemimpinnya dan sekutu PR iaitu PAS dan DAP mengenai butiran terperinci beberapa kes yang mempersoalkan integriti Khalid. Antara yang disentuh dalam laporan itu ialah penyelesaian hutang Khalid bernilai RM66.67 juta dengan Bank Islam, yang diselesaikan di luar mahkamah, selain penjualan tanah kepada pemaju Eco World pada kadar di bawah paras harga pasaran. 
Khalid kini mendapat tekanan daripada partinya PKR dan DAP untuk meletak jawatan sebagai menteri besar. Beliau bagaimanapun mendapat sokongan beberapa orang dalam PAS termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Khalid menafikan permintaan partinya dan bertegas akan meneruskan perkhidmatannya hingga penggalnya tamat pada pilihan raya umum akan datang. 
Wong daripada Penang Institute berkata, pengumuman Saifuddin pada waktu ini memberi tanggapan PKR hanya mendedahkan laporan itu kerana Khalid enggan mengundur diri. Penyokong Khalid boleh mempertikaikan keadaan itu sama dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. 
 “Rakyat akan kata Anwar tidak mengundur diri menyebabkan mereka membawa semua kes terhadapnya. Mereka akan guna kenyataan yang sama untuk mempertahankan Khalid,” katanya. Kaukus Pakatan Selangor Wong berkata, penyelesaian terbaik untuk kucar-kacir itu ialah PR mengadakan undi di kalangan 44 Adun sama ada mereka masih yakin terhadap Khalid atau tidak. 
Undi “Kaukus Pakatan” itu mempunyai kelebihan berdasarkan kepada prinsip menteri besar perlu mendapat sokongan majoriti partinya atau gabungan. “Tetapi jika beliau masih tidak bersetuju dengan hasil undian, maka Pakatan patut meneruskan dengan undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan semua 56 Adun termasuk daripada Umno.
 “Jika DUN dibubarkan kerana undi tidak percaya dan pilihan raya negeri diadakan, Pakatan kemudian boleh guna keputusan kaukus untuk menjelaskan kepada rakyat iaitu mereka hilang keyakinan terhadap Khalid dan beliau perlu digantikan,” kata Wong. Katanya, jika DUN dibubarkan sekarang tanpa undi kaukus, PR mungkin kehilangan Selangor kerana pengundi yang kecewa tidak akan keluar mengundi.
 Ini akan membolehkan BN mendapat sokongan yang cukup untuk menawan semula Selangor. “Anda boleh jelaskan kepada rakyat kita sudah cuba menyingkirkannya untuk memberi pemimpin lebih baik kepada rakyat. Tetapi beliau enggan pergi menyebabkan kami terpaksa cuba kaedah ini (pilihan raya negeri),” katanya.
 Adakah Dr Wan Azizah pilihan terbaik? Ahli panel dan peserta forum itu turut berbahas sama ada Dr Wan Azizah adalah pilihan tepat untuk jawatan menteri besar. Wan Saiful berkata, jika PKR terus bertegas mahu Dr Wan Azizah mengisi jawatan itu, parti itu tidak lagi mempunyai kuasa moral untuk mengkritik Umno atau BN apabila menteri besar berkenaan melakukan perkara sama untuk ahli keluarganya. 
 “Jika anda terima Dr Wan Azizah adalah pilihan dalam keadaan yang memerlukan, maka anda mungkin bermaksud bukan beliau sebenarnya yang memegang kuasa. Akan ada beberapa jawatankuasa atau individu di luar undang-undang yang akan mempengaruhi keputusannya,” katanya. 
Wong bagaimanapun berkata, pada peringkat Malaysia sedang membangun sebagai negara demokrasi, keutamaan perlu diberikan kepada pembinaan parti lebih kuat. “Di peringkat ini dalam demokrasi kita, jika anda kata kita tidak boleh guna nepotisme untuk bina parti lebih kuat, maka kita tidak akan pergi jauh,” katanya. 
Maruah dan integriti individu yang terbabit untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim penentu kejayaan kaedah Pakatan, kata Profesor Madya Azmi Sharom.Tetapi Profesor Madya Azmi Sharom berkata kepada forum itu sama ada kaedah itu benar-benar berkesan untuk menggantikan Khalid dan memilih menteri besar seterusnya akan bergantung kepada maruah dan integriti individu yang terbabit. 
Azmi, seorang pakar undang-undang dari Universiti Malaya berkata, ada peraturan jelas dalam undang-undang Selangor untuk menukar menteri besar jika beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti Adun. “Peraturan itu sangat jelas, peranannya jelas, tetapi sama ada ia boleh dilakukan atau tidak bergantung kepada DNA pemainnya,” katanya. 
PAS dijadual mengadakan mesyuarat kepimpinan parti pada 10 Ogos untuk membuat keputusan sama ada menyokong atau tidak cadangan PKR menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah. Kepimpinan PR dijangka akan bermesyuarat untuk membuat keputusan akhir berhubung keputusan gabungan yang mungkin boleh menamatkan kerjaya Khalid sebagai menteri besar selepas hanya setahun memulakan penggal keduanya di Pejabat Menteri Besar Selangor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.