Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DI JANGKAKAN RAMAI YANG AKAN TINGGALKAN PKR

Isnin, 11 Ogos 2014

Faekah Husin umum keluar PKR hari ini


Faekah Husin, bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau keluar PKR hari ini kerana membantah cara parti itu memecat bekas bosnya.
Faekah yang juga ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menunjukkan surat yang dihantar beliau kepada Malaysiakini dan menyatakan ia telah dihantar kepada ibupejabat PKR hari ini.
Faekah yang juga bekas setiausaha politik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ditugaskan dengan Khalid pada 2009, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut selain menyatakan beliau "hilang kepercayaan terhadap parti."
Surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail itu berkata PKR tidak mengamalkan cara berhemah dan terpesong dari prinsip parti dalam pemecatan Khalid Sabtu lalu.
"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini yang diperjuangkan oleh partinini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," petik surat itu.



5 orang berkata:

Anonymous said...

Petang Jam 5 hujan Turun bagai merahmati keputusan Dytm sultan Selangor..mengekalkan Tski.sabagai mb.Jika DUN Selangor d bubar..pilihanraya DUN.dapat kat BN..yg pasti harga air nail.rakyat Selangor akan putih mata..DSAI gelap mass depàn.

Anonymous said...

Hujan atau panas itu suma rahmat tuhan bai..kpd dsai semoga bersabar dgn ujian ini..ada hikmah di sebalik sesuatu yg brlaku..

Anonymous said...

Dsai..hr ini musuh anda bergembira dn mentertawakn anda..hr esok musuh anda akan menangis teresak2..tunggu masanya akn tiba..

Anonymous said...

Dsai. Your time is up. Pack your things and go home

Anonymous said...

Anwar, your time is up. Pack your things and go home

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.