Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISTIQAMAH DIDALAM PERJUANGAN


PAS BERSENDIRIAN TIDAK MENGAPA, PAS SUDAH MERANDUK ONAK DAN DURI DISEPANJANG PERJUANGNNYA, PAS DIHERDIK, DIPAKSA MENGIKUT TELUNJUK KAWAN DAN LAWANNYA, NAMUN PAS TETAP DENGAN DASARNYA YANG TIDAK AKAN BERUBAH, TA'AT KEPADA PEMIMPIN SELAGI MANA PEMIMPIN ITU TIDAK TERKELUAR DARIPADA DASARNYA PERJUANGANNYA,

 BERTANDING DIMANA-MANA KERUSI UNTUK MENGEMBANGKAN DASAR DAKWAH ISLAM ADALAH TUJUAN UTAMANYA, SUPAYA MANUSIA KENAL PRINSIP ISLAM, PILIHANRAYA YANG MUNGKIN BERLAKU DIMASA YANG TERDEKAT PAS AKAN MELETAKKAN CALONNYA DISEMUA KERUSI BAGI PERTANDA KEMAMPUANNYA MENGENALKAN ISLAM, SOAL MENANG ATAU KALAH ITU SEMUA URUSAN ALLAH,SEKURANG-KURANGNYAPASTERUS BERJUANG MENGIKUT DASARNYA - Pak Karamu                                     

 

Ahad, 10 Ogos 2014

Akhirnya PAS Kembali Sendirian - TGNA

KOTA BAHARU: Apa jua kemelut politik yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat (PR) masa ini, ia tidak akan menggugat keutuhan Parti PAS.
Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz, PAS ialah sebuah parti yang matang dan berpengalaman dalam mendepani pelbagai cabaran sejak awal penubuhannya.

“Dasar PAS ialah memperjuangkan Islam dan ini akan kekal selamanya sama ada PAS bergabung dengan mana-mana parti atau sebaliknya,” kata Nik Aziz ketika ditemui di kediamannya di Kota Baharu, Kelantan awal hari ini.

“Jadi sekarang ini PR ‘KO’ apa nak buat dengan keputusan tak ada apa, tapi PAS turut keputusan yang dibuat Presiden Parti dan saya menyokong penuh,” kata bekas Menteri Besar Kelantan itu.

PAS ialah sebuah parti yang matang dan berpengalaman dalam mendepani pelbagai cara cabaran dan rintangan sepanjang zaman termasuk dalam beberapa siri perpecahan dalam kerjasama politik yang dilakukan sebelum ini.

Menurut Nik Aziz, parti tersebut pernah bersama dengan UMNO sekitar tahun 1970, namun berpecah selepas itu.

PAS juga pernah bersama dengan Semangat 46 dalam angkatan perpaduan ummah (APU) pada tahun 1990 namun berpecah jua.

PAS  juga pernah bersama dengan DAP dan Parti Keadilan dalam barisan alternatif (BA), sekitar tahun 1999, namun selepas itu DAP mengumumkan untuk meninggalkan BA.

Apa yang menarik, walaupun PAS berpecah dalam kerjasama politik yang dijalinkan, ia masih berdiri teguh dan utuh sehingga kini.

“Saya nak menyebut tentang hak saya sendiri, iaitu PAS Kelantan mengalami bermacam-macam masalah dengan parti lain.

9 orang berkata:

Anonymous said...

mat rempit akan berenti merempit bila mereka dapat balik agama yg telah jauh dari mereka..
mereka x kan berenti merempit disebabkan kamu letak calon atas kerusi utk meraih undi..
pergi je terus jumpa manusia dan sampaikan agama..
mana boleh sbb umno mesti ditumbangkan kan?..umno tu jahat kan?dan kamu semua mulia kan?jadi kamu jgn ikut jalan umno dgn meletak calon atas kerusi utk meraih undi..kamu kena ikut jalan nabi saw..sampaikan je terus agama pada manusia..
...bila kamu pun sama ikut jalan umno,mat rempit makin banyak tau hehe..


Anonymous said...

Hehehe...betul tu sheikh!setuju esok nak ke mana dulu?...

Anonymous said...

Skrg pun ramai lahir mat buntut

Anonymous said...

ustaz muhammad fawwaz bg ceramah.. sabda Nabu Muhammad SAW..tidakkan berjaya sesuatu puakselama2nya... jika ketuanya adalah perempuan... ini bkn rekaan . ini sabda Nabi.. sbb tu PAS tolak nenek jijah.. supaya digantikan oleh org lain.. atau kekalkan TSKI.. itu makdud TGHA sebenarnya..

Anonymous said...

SAYANG DAN HORMAT PADA KEPADA KEDUA2 TUAN GURU.. TGNA DAN TGHA..

Anonymous said...

esok nak bagi sokongan moral kat anwar@azizah dan dap..sebab mereka rakan pas..rakan pas semua tokoh2 di jalan yg benar..anwar ialah tokoh menentang nepotesme,dap pula penyembah2 berhala yg pandai baca quran..manatau dgn dapatnya kuasa kat tangan mereka nepotesme dan perkara tak baik yg lain dapat dihapuskan di selangor ..harap kamu pun bagi skongan hehe...

Anonymous said...

SYAITAN YANG DIKENALI...

Anonymous said...

alhamdulilah atas tuduhan..demi Allah saya x pergi mengundi..sbb bg saya org politik demokrssi sama saja x kira parti,buktinya ialah kamu,kamu layan semua manusia sama je ke?semua manusia kamu nampak mcm org umno?haha..dan lebih hebat g kamu benci umno sampai baru baca 2 3 baris dh bleh wat tuduhan hehe..sbb tu saya cakap kamu dan umno xda beza hehe...

Generasi 98 said...

ISTIQAMAH dalam perjuangan? aku istiqamah nak tumbangkan BN. membujur lalu melintang patah!!


kalau PAS nak keluar PR, silakan. keluar cepat-cepat, mesyuarat segera buat keputusan, jgn rumitkan keadaan PR. PKR harapkan sokongan PAS sebab rakan 'pakatan', bukan sebab nakkan talian hayat. pada siapa lagi nak minta tolong kalau bukan rakan.

tapi cara PAS lengahkan keputusan mcm nak suruh kena tendang keluar dari PR jer? saja nak rumitkan keadaan. saja cari alasan untuk kena tendang lepas tu boleh laa jaja kehulu kehilir alasan untuk bersekongkol dgn umno.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.