Setiap parti nampaknya sedang berperang , sana orang cilok sini punya orang, sini orang juga cilo sana punya orang, yang kena cilok jelas melanggar etika parti masing-masing, kemudian orang yang kena cilok itu akan dipecat daripada parti masing-masing. jika ada 6 atau 7 orang maka mereka akan jadi parti bebas, maka bertambahlah orang Khalid jadi bebas, ATAU orang bebas tak boleh mengundi seperti speaker DUN, Adapun kedudukan Khalid yang menjadi bebas kemudian menjadi menteri Besar adalah kehendak Sultan. Maka kalut lagi lah Selangor- Pak Karamu
Sokongan majoriti: Dakwaan Azizah perlu diterjemah
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
berkata, dakwaan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
mendapat sokongan majoriti Adun Selangor perlu diterjemah melalui proses
undi tidak percaya di Dun Selangor.
“Saya telah maklum tentang pengumuman itu.
“Oleh itu, sehingga proses itu berlaku, pentadbiran Kerajaan Negeri
Selangor akan berjalan seperti biasa,” katanya yang dipetik dari
Facebooknya, hari ini.
Terdahulu, Wan Azizah dalam sidang media tengah hari tadi mengumumkan
PR kembali mempunyai majoriti di Dun Selangor apabila dua orang Adun Pas
menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan Abdul Khalid.
Menurut Wan Azizah, Adun Pas tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib)
dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya
bersama-sama 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR.
Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang Adun berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang Adun.
"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang Adun PR termasuk saya menyatakan
rasa hilang percaya kami kepada Adbul Khalid sebagai menteri besar.
"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baharu," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment