Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PALSU

Wednesday, August 20, 2014

Dokumen 'Kajang Move' yang tersebar adalah dokumen palsu..


Parti Keadilan hari mengecam tindakan penyebaran dokumen Langkah Kajang yang disahkan palsu dan tidak benar.

Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata, maklumat yang tidak bertanggungjawab oleh musuh-musuh politik PKR.

"Usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang dan musuh-musuh politik Keadilan enggan berentap di tahap idea dan konsep tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fahmi merujuk kepada beberapa panggilan dan notifikasi pagi ini berkaitan satu dokumen kononnya ditulis oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkaitan Langkah Kajang.

"Saya mengesahkan bahawa dokumen Langkah Kajang yang tersebar di internet tersebut adalah palsu dan fitnah.

"Malah, sesiapa sahaja boleh membaca laman blog sdr Rafizi sekitar waktu Langkah Kajang dimulakan dan akan mengesahkan bahawa beliau sendiri merujuk kepada strategi ini dengan nama Serampang Kajang," katanya.

Penyebaran Dokumen Kajang yang rahsia itu kononnya menyatakan rancangan jangka panjang PKR dan Pakatan Rakyat untuk meranapkan keupayaan kewangan BN menjelang dan semasa PRU-14.

Langkah Kajang itu katanya diadun dengan pelbagai strategi peringkat tinggi melibatkan keuntungan dari pasaran saham tempatan seterusnya menyerang kepentingan strategik kewangan BN.

Antaranya, terkandung fasa pertama (24 bulan sebelum PRU14) bagi Pakatan Rakyat mengaut keuntungan membiayai kempen 222 parlimen dengan suntikan RM2 juta setiap Parlimen manakala fasa kedua (12 bulan sebelum PRU14) menjatuhkan ekonomi Malaysa secara sistematik bagi mengagalkan kerajaan mengekalkan BR1M dan menyebabkan nilai ringgit merosot sehingga terpaksa meningkatkan OPR dan BLR.

Bagi fasa ketiga, dokumen Langkah Kajang itu menyatakan dalam masa enam bulan sebelum PRU14, usaha melibatkan pengambilan keuntungan secara maksima daripada pasaran bagi membiayai PRU dengan peruntukan RM3 juta setiap Parlimen dan RM1 juta setiap DUN.

Caranya, konglomerat akan menekan kerajaan untuk membolehkan harga barangan tertentu dinaikkan sehingga 20 peratus, pengurangan kakitangan dan pembelian ringgit oleh multinasional corporation asing bagi meningkatkan kadar tukaran ringgit dan dalam masa yang sama memaksa Bank Negara memastikan kadar tunai dalam negara mencukupi.

Bagi fasa keempat, menjelang pembubaran Parlimen ialah menjatuhkan pasaran saham ke tahap terendah bagi mengurangkan keyakinan pelabur dan serangan mata wang dengan bantuan syarikat luar menyebabkan ringgit menjadi murah pada kadar minimum RM3.90 berbanding 1USD.--MalaysiaGazette

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.