Pas benteng terakhir PR Selangor
SHAH ALAM - Exco Pas meletakkan diri mereka sebagai benteng terakhir
untuk mempertahankan kerajaan PR menerajui kepimpinan Selangor.
Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, beliau dan tiga rakan Pas yang masih berkhidmat dalam Kabinet Selangor harus bekerjasama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat perkenan Sultan kerana bimbang akan diganti dengan exco baharu.
“Kalau tidak bekerjasama dengan Abdul Khalid sebagai menteri besar yang diperkenan oleh Tuanku, maka nanti baginda akan pilih orang lain yang boleh bekerjasama dengan Abdul Khalid untuk jadi Exco Selangor.
“Kita tidak tolak kemungkinan Umno yang akan naik jadi exco kalau kami enggan bekerjasama dengan beliau.
"Sebab itu kita merasakan, kalau bercakap dalam konteks PR, boleh jadi kita (Pas) benteng terakhir untuk pertahan kerajaan pakatan rakyat,” katanya ketika ditemui, semalam.
Ketika ditanya pendapatnya berhubung kelancaran pentadbiran Kerajaan Selangor yang dikemudi Abdul Khalid ketika ini, Sallehen mengakui tidak ada sebarang perubahan, malah ahli majlis juga dikekalkan seperti sedia ada.
Dalam pada itu, Sallehen seolah-olah memberi bayangan bahawa pertukaran menteri besar akan dilaksanakan PR, bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan mesyuarat Pas esok.
“Bagi kita soal Abdul Khalid bukan faktor...bila parti minta kita untuk terus bekerja maka kita bekerja.
"Apa pun bergantung kepada keputusan pada 17 Ogos. Kalau betul nak tukar menteri besar boleh tukar, kita akan bersama menteri besar yang baharu tapi prosesnya dibuat harus mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri.
“Tempoh kita jadi Exco bergantung kepada keadaan, boleh jadi sehingga habis penggal iaitu PRU akan datang atau sehingga parti minta kita berhenti,” katanya.
Sementara itu, bekas Exco DAP, Datuk Teng Chang Khim berkata, esok adalah penentu kesetiaan Pas bersama PR.
“Kalau Pas memutuskan untuk tangguh perkara ini, maka kita perlu bersemuka dan berbincang,” katanya.

6 orang berkata:
Cina Teng kira kepala hotak dia ja.. nak tengok kesetiaan PAS konon. PKR DAP hentam PAS bagai nak rak bila cadang nak bentang Hudud kat Parlimen tu apa??? setia juga ka?? untung politik sendiri.. setia; kalau untuk kawan.. khianat. Bijak tul PKR DAP ni! ko jaga parti ko sendiri dah ler. pemilihan parti sendiri pun lebih teruk dari beruk... tak selesai-selesai... nak campur urusan orang lain. boddo ka apa ni? tak payah nak ugut PAS! tarbiah PAS untuk ahli.. tarbiah ilmu. cuma mgkin 2-3 ekoq ja yg kebulur pangkat... lumrah manusia. dulu nakaie, la ni saari sungib khianat parti.. apa nak hairan. Azizah jdi MB.. Saari Sugib dah semacam pasti jadi EXCO... PKR mesti tukar EXCO PAS skrg ni.. dendam!!!
Harap pimpinan PAS ketepikan saari sugib dlm segala hal parti... pecat lagi baik. biar PKR yg ambil dia. duri dlm daging!!
2 adun tu Agaknya dpt jawatan bila bini abg nuar jadi MB
Betul org mcm 2 adun yg belot itu perlu dibuang segera,kalau dalam peperangan yg inilah punca kekalahan
Den raso kalau dok hentam menghentam ni, kalau nak bagi reda senang ja. Bubar dun...pandai2 korang pikat pengundi...biar rakyat slangor buat keputusan. Lepas tu redha lah apa saja keputusan dan jgn saling menyalahkan yg lain.
Aku rasa bukan setakat 2 ekor ni aje. Dalam Pas banyak lagi orang nuar. Contohnya di negeri yang pengundi pas ramai. Mereka terpaksa jadi Pas untuk naik. Selepas ini Pas perlu kebih ketat dalam memilih calun. Belajar bagaimana Al-qassam memilih anggota komando mereka..
Post a Comment