Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAHSIA SELANGOR SUDAH BERADA DIDALAM POKET KHALID

KHALID MUNGKIN BUBAR DUN, DAP AKAN LETAK CALON DISEMUA DUN, PKR JUGA EMIKIAN, PAS JUGA DEMIKIAN, MEREKA SEMUA NAK LAWAN UMNO/BN DIMANA JUGA BN/UMNO MELETAKKAN CALON, KEPUTUSANNYA NANTI KITA AKAN LIHAT PARTI MANA YANG MENJADI IDAMAN RAKYAT, SEMENTARA KHALID MUNGKIN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA SESIAPA YANG MENGHINANYA SAMA SEPERTI MENGHINA SULTAN KERANA SULTAN YANG MELANTIK DIA  SEBAGAI MB - Pak Karamu

Saturday, August 16, 2014

Tan Sri Khalid Ibrahim dah hidu sesuatu ke ni?


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri, Sabtu malam.

Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

Pada Khamis, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1).Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri, Sabtu malam.

Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

Pada Khamis, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1) lapor mStar


Menariknya laporan diatas muncul setelah Sultan Selangor menitahkan supaya Khalid tidak membuat keputusan atau sebarang pengumuman mengenai status MB itu...
SHAH ALAM, 15 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Irdis Shah telah menitahkan beliau supaya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman mengenai jawatan menteri besar sehingga baginda pulang ke tanah air pada 27 Ogos ini.
Abdul Khalid berkata beliau telah berkomunikasi dengan baginda berhubung perkembangan terbaru politik Selangor termasuk sentimen dalam kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Tuanku Sultan telah menitahkan yang baginda berpuas hati bahawa saya mempunyai sokongan majoriti anggota Dewan ketika saya menyembah taklimat pada Isnin lepas (11 Ogos).

"Seterusnya, Tuanku Sultan telah menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Khalid juga menasihatkan pihak berkenaan yang mendakwa beliau telah mengelirukan Sultan Selangor supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan beliau mendapat sokongan majoriti daripada 30 Adun Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) untuk mengambil alih jawatan menteri besar.

Justeru itu, Dr Wan Azizah berkata beliau telah mengutus surat kepada Sultan Selangor untuk mendapatkan pandangan baginda sekiranya ada keperluan bagi Speaker memanggil sidang DUN untuk memuktamadkan proses pertukaran menteri besar.

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, turut menasihati Abdul Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

Dalam reaksi segeranya semalam, Abdul Khalid berkata dakwaan presiden PKR itu perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di DUN Selangor sebagaimana termaktub mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. -- BERNAMA

Tan Sri Khalid mungkin dah hidu sesuatu... jadi mungkin baginya.. "Kalau aku tak dapat!!.. biaq hangpa pun tak dapat!!.."

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.