Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, August 24, 2014

Baru Hari Ini Muhyiddin Pertahan Najib

Diktator sebenar mengatakakan orang lain yang diktator Mahathir menggunakan tektik yahudi menyerang Najib Tapi mengapa Muhyiddin mengambil masa yang begitu lama untuk menjawab?
Najib bukan dikator, kata Muhyiddin jawab kritikan Dr Mahathir 
 
Published: 24 August 2014

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tampil mempertahankan perdana menteri yang dikritik hebat Tun Dr Mahathir Mohamad, dan mengatakan Datuk Seri Najib Razak mendengar dan berbincang dalam kabinet sebelum menggubal dasar dan membuat keputusan.
Timbalan perdana menteri itu berkata Najib tidak bersifat diktator dalam keputusan beliau.
"Dasar digubal selepas keputusan dibuat bersama.
"Dalam perkara keselamatan negara melibatkan sempadan negara dan antarabangsa, dan insiden seperti tragedi MH370 dan MH17, kebanyakan keputusan dibuat selepas perbincangan," kata timbalan presiden Umno itu.
Beliau berucap ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Permatang Pauh di Seberang Jaya tengah hari tadi.
"Ramai bertanya mengapa timbalan perdana menteri belum membuat komen mengenainya," kata Muhyiddin, merujuk kritikan Dr Mahathir.
"Hari ini, saya akan bercakap mengenainya memandangkan bahagian Umno ini istimewa."
Muhyiddin merupakan pemimpin tertinggi Umno membuat komen mengenai kritikan Dr Mahathir.
Umno Bahagian Permatang Pauh terletak di dalam kubu kuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri sebelum dilucutkan jawatan oleh Dr Mahathir pada 1998.
Minggu lalu, Dr Mahathir menyelar pentadbiran Najib dan mengumumkan menarik balik sokongan kepada beliau kerana kesal tegurannya tidak diendahkan.
Menurut Dr Mahathir, banyak dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib "merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara".
Katanya, kelemahan Najib bermula apabila beliau melayan tuntutan musuh dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2011 serta Akta Buang Negeri, yang memberi kuasa kepada kerajaan menahan sesiapa disyaki terlibat jenayah tanpa proses mahkamah.
"Saya cuba menyampaikan pendapat saya secara langsung kepada Datuk Seri Najib.
"Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," tulis Dr Mahathir di blognya ‎chedet.cc. – 24 Ogos, 2014.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Jangan jadi batu api.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.