Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PULAAAAK

Ahad, 24 Ogos 2014

Wan Azizah akui berat hati jadi MB Selangor

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka mengakui beliau berat hati apabila diberi tanggungjawab bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang serta mengambil alih kerusi menteri besar (MB) Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 
 
Dr Wan Azizah berkata, bukan keinginannya mengejar kuasa di negeri paling kaya itu, tetapi akur dengan kehendak parti selepas melihat Khalid gagal menguruskannya dengan baik.
 
 "Kalau inilah amanah yang diturunkan, saya terima walaupun hati berat. Bukan ini yang saya inginkan, bukan ini yang saya cari tapi saya cari redha Allah," katanya dalam ucapan penangguhan Kongres PKR di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini.Adun Kajang itu berkata, beliau akan terus berjuang walaupun niat asalnya mahu menumpukan kepada urusan keluarga.
 
 "Terus terang saya katakan bahawa bukanlah niat dan keinginan di hati. "Nama saya dikemukakan. Seorang yang katakan dari mulanya berjuang akan katakan tak apa, saya nak jaga cucu. "Inilah perjuangan. Kalau inilah yang dihendakkan parti dan perjuangan, saya tampil ke hadapan. Apa tidakkah begitu caranya?" soalnya. 
 
 

6 orang berkata:

Anonymous said...

Betul betul betul khalid memang urus x elok sbb pyh projek nak masyuuukk.

FIT said...

Dah kaki Konar PKR (Pakar Konar Rakyat)

Anonymous said...

dah laki suruh jadi mb... jadi la nooo.. nanti derhaka pulakkkk. PKR ni parti laki bini.. parti anak beranak... parti sukusakatisme. pi la jadi mb kalau dah pandai sangat. pemilihan PKR pun macam beruk sarkas berebut pisang! tak reti nak kawal! pemilihan presiden indon pun dah selesai.. PKR lom lagi.. gila ka apa.. ha ha ha.. Zuraida.. you tolong tengok apa dah jadi kat PKR ni.. dah macam sarkas. kuat sangat kelentongnya

Anonymous said...

pkr - parti kelentong rakyat..

Anonymous said...

pkr - pakar kencing rakyat

Anonymous said...

Kalau ada rasa berat hati,ITU petanda .,lebih baik jgn terima...SBB nanti menyusahkan parti.Dan rakyat selangor

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.