Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAPI DIA MASIH MB ?


Sabtu, 9 Ogos 2014

PKR singkir Khalid dari parti

Majlis Pimpinan Pusat PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Beberapa orang sumber parti mengesahkan perkara tersebut kepada Malaysiakini petang ini, selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.

Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.

Lembaga disiplin parti itu pada hari Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.

Keputusan agar Khalid berundur dari jawatan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai.

Khalid juga diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.

Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu “cacat” dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya.

Lembaga tersebut semalam bagaimanapun meneruskan mesyuaratnya tanpa kehadiran Khalid, manakala hasilnya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Buat usul x percaya...bubar dun...pilihanraya semula....keputusanya BN menang....ceramah rata ceruk....dakwa BN tipu.
Kesimpulannya kesilapan diri sendiri.
Sombong, gila kuasa, rasa hebat...akhirnya rakyat menyampah.

Anonymous said...

Bn umno dulu kini selamanya memang penipu..

Anonymous said...

Aku paling meluat kat umno....sebab depa ni tak mau laksanakan hukum Allah. Ada kuasa tapi tak mau laksanakan.....jujur aku kata aku benci sungguh kat umno ni.

wak ajer said...

ala yg merepek kbykkn nya sume beruk2 umnok...

Anonymous said...

"Tan Sri Khalid Ibrahim adalah seperti keluarga saya" - Dato' Seri Anwar Ibrahim (Bakal Perdana Menteri Malaysia, isteri beliau bakal Menteri Besar Selangor)

Anonymous said...

1000 kali benci dekat umno.. Ada kuasa,tapi hukum allah dibiarkan.. Jadi ,penjenayah,perogol bersiri dan pembunuh upahan seronok bebas,yang jadi mangsa anak dara cucu kita nanti..APA NAK JADI NEGARA KITA NI??

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.