• Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad
1 / 1
PUTRAJAYA - Pergolakan politik dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor tidak akan berkesudahan walaupun pilihan raya baharu diadakan dalam masa terdekat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau menyifatkan krisis politik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu sebagai 'sandiwara' dan berpunca daripada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa mencuba  untuk menjadi Perdana Menteri negara ini.

"Boleh ada pilihan raya baharu, tetapi saya tak fikir ia  akan selesaikan masalah selagi Anwar tak jadi Perdana Menteri (PM).

"Kalau bagi dia (Anwar) jadi PM satu bulan, saya ingat dia (Anwar) puas hati, tapi dia (Anwar) tak akan lepas (jawatan PM)," katanya apabila diminta mengulas krisis politik di Selangor.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri diskusi bertajuk 'Evolusi Identiti Anak Muda Malaysia' anjuran Akademi Belia di Perdana Leadership Foundation, hari ini. - Bernama