Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

14 resolusi

Najib terharu sambutan himpunan baju merah
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan rasa terharunya terhadap sambutan diberikan peserta himpunan baju merah yang berlangsung di ibu kota, hari ini.

Perkara dimaklumkan, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa dalam ucapannya berkata, pemimpin nombor satu negara itu juga menyampaikan salam kepada semua peserta yang terlibat dalam himpunan itu.

 
"Saya baru dapat panggilan daripada perdana menteri yang berkirim salam kepada tuan-tuan dan puan-puan semua pihak sini.

 
"Beliau dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) melahirkan rasa terkejut dan terharu dengan perhimpunan yang seaman dan sebesar ini dilakukan rakyat. Terima kasih semua," katanya ketika berucap di hadapan peserta himpunan di Padang Merbok, hari ini.

 
Menurutnya, himpunan yang didakwa menerima kebenaran daripada pihak berkuasa itu menjadi medan himpunan satu bangsa dan umat yang tercatat dalam sejarah.

 
"Inilah bangsa yang penuh toleransi. Inilah bangsa yang sanggup berkongsi segala-galanya. Inilah bangsa yang boleh korban apa sahaja, terima sesiapa saja, kerjasama dengan sesiapa sahaja, selagi mana mereka tidak menjadi harbi.  

 
"Walaupun mereka tidak sama Syahadah dengan kita, bangsa lain, budaya lain, sejarah telah membuktikan bahawa kita sanggup bersama dengan satu syarat, jangan kedudukan kita dipertikaikan, jangan kedudukan Melayu dipersoalkan dan jangan hak kita dipersendakan," katanya.

 
Menurutnya lagi, himpunan tersebut bukan sekadar satu pesta biasa namun perlu dijadikan peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

 
"Negara dan kerajaan ini bertuan. Barang siapa yang mengugat di luar daripada saluran dan kaedah, kita akan bangkit dan menentang habis-habisan. Hari ini hanya satu permulaan kebangkitan," katanya.

 
Dalam ucapan sama beliau membacakan empat belas resolusi yang telah disusun pihaknya.

 
1. Mertahanan demokrasi berparlimen yang luhur.

2. Memupuk perasaan hormat, cinta dan kesepaduan bangsa Malaysia.

3. Rakyat bersatu pertahanan kestabilan negara.

4. Rakyat bersatu menolak chauvinis perkauman ala DAP.

5. Tolak campur tangan individu atau negara asing dalam hal ehwal negara.

6. Tolak himpunan ala Bersih 4.0 yang biadab.

7.  Tolak penghinaan terhadap agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan.

8. Menyokong kerajaan terus berusaha hadapi masalah ekonomi negara dan rakyat

9. Mempertahankan kesatuan dan kedudukan Melayu dan bumiputera serta semua kaum di Malaysia.

10. Mempertahanan kerajaan pilihanraya

11. Mempertahanan prinsip rukun negara

12. Menolak politik fitnah terancang terhadap pimpinan negara.

13. Menolak percubaan mengguling kerajaan yang dipilih secara demokrasi

14. Mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.