Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Agresif


Himpunan lancar tapi ada peserta bertindak agresif
Himpunan lancar tapi ada peserta bertindak agresif
Runding dengan pihak polis untuk memasuki kawasan Bukit Bintang. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
 
KUALA LUMPUR - Peserta himpunan 'baju merah' yang berkumpul di Jalan Conlay bertukar menjadi tidak terkawal apabila berlaku rempuhan antara pihak polis yang membuat sekatan lalu lintas yang menghubungkan Jalan Bukit Bintang, di sini.

Kumpulan itu pada mulanya bergerak awal dari waktu sepatutnya kira-kira 1.10 petang meninggalkan pekarangan Hotel Raja Chulan sebaik sahaja kumpulan dari Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) bertembung di lokasi sama.

Sorakan "rempuh" yang dilaungkan oleh peserta himpunan menyebabkan peserta terus bergerak tanpa menghiraukan arahan pemimpin mereka.

Kumpulan itu bagaimanapun menjadi tidak terkawal sebaik sahaja mendapati Jalan Bukit Bintang berdekatan pusat beli-belah Pavilion ditutup pihak polis.

Walaupun rundingan dibuat untuk membenarkan kumpulan itu memasuki Jalan Bukit Bintang, namun beberapa peserta himpunan masih bertindak agresif dan merempuh pagar besi yang dikawal pihak polis.

Sebaik sahaja tiba di persimpangan Jalan Bukit Bintang, pasukan polis persekutuan (FRU) membuat halangan manusia dilengkapi pelancar bom asap.

Selepas 15 minit rundingan antara pihak penganjur dengan polis, kumpulan baju merah dibenarkan memasuki Jalan Bukit Bintang untuk menuju ke Padang Merbok.

Rundingan itu berhasil apabila ketua kumpulan berjanji dengan pihak polis menjaga tingkah laku peserta himpunan itu.

3 orang berkata:

sitipayung said...

Saja buat kecoh tu kesian polis.apa yg nak ditabur dijalan bukit bintang tu.jgn buat kerja kurafat ok.Allah tak suka bagaimana Allah akan tolong

Anonymous said...

lepas ni group hijau pulak
nak mintak apa pulak?

Anonymous said...

lepas ni group hijau pulak
nak mintak apa pulak?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.