Pijak gambar: Dua individu serah diri
Foto yang viral di laman sosial hari ini. (Gambar kecil) Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa.
KUALA LUMPUR - Dua daripada empat individu yang dikenal pasti terbabit
dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Bersih
4.0 lalu, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari
ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, kedua-dua individu itu tampil kira-kira jam 11 pagi tadi.
“Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dan seorang lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan tampil bagi membantu siasatan berhubung insiden itu,” katanya.
Sebanyak 267 laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.


0 orang berkata:
Post a Comment