Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

baling mercun

Penyokong buat bising, baling mercun
'Baju merah' mulai banjiri Padang Merbok
Penyokong himpunan baju merah mula memenuhi sekitar Jalan Petaling. - Foto Sinar Harian
 
KUALA LUMPUR - Himpunan Rakyat Bersatu yang pada mulanya berjalan lancar menjadi sedikit tidak terkawal apabila satu letupan dipercayai mercun dilemparkan oleh peserta dalam himpunan terbabit.

Letupan mercun dipercayai berlaku di salah satu lokasi himpunan baju merah, iaitu di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Kejadian berlaku sekitar jam 1.40 petang di mana peserta mula berkumpul untuk berarak menuju ke Padang Merbok melalui Jalan Kuching.

Keadaan kecoh seketika sebaik sahaja bunyi letupan mercun terbabit bergema di udara.

Dalam pada itu, bunyi bising dari vuvuzela yang dibeli peserta turut menarik perhatian orang awam dan  mencetuskan rasa tidak senang peserta yang lain.

Sebahagian peserta himpunan membunyikan vuvuzela di dalam dan luar PWTC‎, sekaligus
membingitkan suasana di tapak himpunan hari ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.