Pas, PKR mungkin bincang PR2.0
Tuan Ibrahim, Mustafa dan Takiyuddin ketika tiba di pejabat PKR hari ini.
PETALING JAYA - Kehadiran pemimpin Pas seperti Timbalan Presiden Pas,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin
Hassan dan Ketua Pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali ke Ibu Pejabat PKR
hari ini mungkin menjawab teka teki mengenai perbincangan PR2.0.
Sekitar Jam 3.15 petang, Tuan Ibrahim hadir bersama-sama Takiyuddin dan Mustafa tiba di Ibu Pejabat PKR.
Pelbagai soalan diajukan kepada Tuan Ibrahim namun beliau berkata "kita tunggu selepas mesyuarat selesai," katanya.
Antara wakil PKR yang hadir pada pertemuan tersebut adalah Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung, Rafizi Ramli dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Semalam, Rafizi Ramli memaklumkan bahawa, PKR akan mengadakan pertemuan dengan Pas bagi membincangkan mengenai PR 2.0 yang bakal dibentuk.
Rafizi turut berkata, pihaknya juga akan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan parti pembangkang seperti DAP dan Parti Pekerja Malaysia.


3 orang berkata:
Bersatu apanya lg pak masih tergantung tp masih kita ni pembankang.bergabung atau tak yg masih jd persoalan.apa yg pasti bn telah ditolak.mungkin tunggu oktober jugak tak.keadaan yg nampak sukar.semoga Tuhan beri kita jln keluar
Habislah geng pkr kena hentam lg terutama mat min la.org nak cepat cepat bersatu atau tak ni dia buat tergantung lg.org nak cepat bincang buat kerja untuk pilihanraya ni dia dok buat tak habis bincang lg.habisla bising meroyan puak dap ni.dap je pun mcm la malaikat maut nak datang yg dok kalut sgt
Sapa agaknya yg maseh ngak maho berpegang pada tali Allah itu seh? Apa mukin difikirin tali sapi itu lebih mulia?
Post a Comment