Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BESOK HARI MERAH

Himpunan Rakyat Bersatu boleh diteruskan
Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan aman 'Himpunan Rakyat Bersatu' yang dijangka berlangsung Rabu ini, boleh diteruskan, namun perlu mematuhi undang-undang.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pendirian itu dibuat selepas menilai pelbagai pendapat daripada semua komponen parti terhadap penganjuran perhimpunan aman itu.

"Kita telah bincang perkara ini secara panjang lebar di mana parti komponen BN telah memberi banyak pendapat dan kita bersetuju untuk tidak bersetuju (we agree to disagree) atas pendirian yang dibentangkan.

"Ada yang melahirkan kebimbangan dan ada yang tidak setuju dan yang berpendapat kata 16 Sept hari yang bukan hari yang sesuai. Saya sebagai Pengerusi BN menghormati pandangan yang disampaikan rakan kita dalam BN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Mesyuarat kira-kira dua jam itu, yang pertama diadakan sejak rombakan kabinet pada 28 Julai lepas. 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman 'Himpunan Rakyat Bersatu' di Padang Merbok.

Najib, bagaimanapun berkata sekiranya perhimpunan itu diadakan, ia mestilah mematuhi segala undang-undang sedia ada serta mendapat kelulusan tempat oleh pihak berkuasa selain mematuhi arahan polis.

"...semua undang-undang negara mesti dipatuhi termasuk undang-undang Akta Hasutan dan bentuk poster mesti tidak berbaur perkauman dan menimbulkan isu-isu yang dianggap hasutan dan perkauman," katanya.

Beliau turut mengingatkan perhimpunan itu seharusnya mengelak pergeseran dan perbalahan yang boleh menggugat keamanan berikutan hari itu merupakan hari bersejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

"Tidak boleh berlaku apa-apa pergeseran dan perbalahan. Polis akan memastikan kawalan ketat," katanya, sambil menambah bahawa pada Rabu ini, beliau bersama pemimpin parti komponen BN akan berada di Kota Kinabalu, Sabah sempena sambutan Hari Malaysia. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.