ALLAH Maha Bijaksana Memandu Istiqamah
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran :
"Dan jika mereka (lawan atau
musuh kamu) cenderung kepada perdamain, maka kamu hendaklah cenderung
kepadanya, dan bertawakkal kepada Allah, sesungguhnya Dia (Allah) Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka hendak menipumu, maka
cukuplah Allah (bagi memelihara mu). Dialah yang menguatkan mu dengan
pertolongannya dan orang-orang yang beriman (bersama mu). Dan Dia
(Allah) berkuasa menyatukan diantara hati-hati mereka. Kalau Engkau
belanjakan apa yang ada dibumi semuanya nescaya Engkau tidak dapat
menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah telah menyatukan hati-hati
mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana)."
(Surah Al-Anfal, ayat 61 - 63)
Al-Quran adalah petunjuk yang benar
sepanjang zaman daripada Allah, dan Rasulullah adalah contoh
kebijaksanaan manusia pilihan Allah. Namun Allah memandu dengan
hidayah-Nya apabila membawa mesej dakwah membawa rahmat dan adil kepada
seluruh manusia, sama ada dalam berjamaah atau bernegara. Di antaranya
menjadikan konsep perdamaian diutama dan didahulukan, walupun terhadap
musuh paling keras dan zalim, di atas asas yang sangat kukuh
berkonsepkan :
[a] Thawabit
(Nas yang tidak boleh diubah dan tidak boleh berganjak daripadanya)
- iaitu perkara aqidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.
[b] Mutaghayyirat
(menerima perubahan dan anjal atau fleksibel)
- mengikut perkembangan situasi dan realiti, bersama kebijaksanaan yang tidak putus hubungannya dengan Thawabit.
Apabila Rasulullah SAW bersama para
sahabatnya RA dihalang daripada masuk ke Makkah bagi menunaikan umrah
yang diizinkan kepada semua, mengikut adat dan undang-undang masyarakat
arab sejak zaman berzaman, tiba-tiba dicabul secara zalim, sehingga
berlaku ketegangan yang diizinkan berperang, sampai berlakunya Bai’ah
kesediaan berperang dengan tekad menang atau mati syahid.
Tiba-tiba ditawarkan perdamaian Hudaibiyyah oleh musuh yang sangat zalim dan penipu besar, dengan syarat-syarat yang sangat berpihak kepada mereka, menyebabkan majoriti para sahabat RA mahu menolak keras perdamaian yang ditawarkan itu. Tetapi Rasulullah SAW, dengan petunjuk Allah, tetap mengutamakan perdamaian, tanpa peduli kepada syarat-syarat yang tidak adil dan kemungkinan penipuan daripada musuh. Para Sahabat pula tetap akur kerana keteguhan iman mengatasi semangat yang berkobar untuk bertindak dengan kesediaan setelah berbaiah.
Tiba-tiba ditawarkan perdamaian Hudaibiyyah oleh musuh yang sangat zalim dan penipu besar, dengan syarat-syarat yang sangat berpihak kepada mereka, menyebabkan majoriti para sahabat RA mahu menolak keras perdamaian yang ditawarkan itu. Tetapi Rasulullah SAW, dengan petunjuk Allah, tetap mengutamakan perdamaian, tanpa peduli kepada syarat-syarat yang tidak adil dan kemungkinan penipuan daripada musuh. Para Sahabat pula tetap akur kerana keteguhan iman mengatasi semangat yang berkobar untuk bertindak dengan kesediaan setelah berbaiah.
Natijahnya ialah kekukuhan saf
perjuangan dalaman dikalangan umat Islam sendiri yang terdiri daripada
Muhajirin dan Ansar yang terkumpul daripada Aus dan Khazraj dengan
hidayah Allah disatukan hati mereka, menambahkan lagi orang-orang yang
menerima Islam dengan hidayah Allah juga. Peristiwa ini juga
menyingkirkan kalangan munafik yang bersembunyi disebalik badan untanya,
tidak layak mendapat hidayah kerana tidak ada Istiqamah, hanya menjadi
duri dalam daging, beriman tanpa keyakinan kepada Allah yang menjanjikan
kemenangan dengan mimpi benar kepada Rasulullah SAW. Allah SWT
berfirman menerusi Al-Quran :
Sesungguhnya Allah
membenarkan Rasul-Nya secara mimpi yang benar, bahawa kamu dapat masuk
ke-Masjid Haram (Makkah) Insyallah dalam keadaan aman."
(Surah Al-Fath, ayat 27)
Tiba-tiba mereka dihalang dengan
kekerasan yang hampir mencetuskan peperangan. Kalangan munafiq terdedah,
apabila melihat dengan nyata mimpi tidak menjadi kenyataan, tanpa
menyedari perkara yang tersirat dalam ilmu Allah dan Kebijaksanaannya.
Ada pun kalangan yang beriman tetap menerima kenyataan Allah dan
keputusan Rasulullah SAW walaupun tidak nampak hikmah dan tujuannya di
masa itu secara spontan.
Allah menegaskan bahawa mereka masuk ke
Makkah dalam keadaan aman, bukannya disekat dan diganggu sehingga
kenyataan mimpi Rasullah SAW ditangguh. Rasulullah SAW menerima perintah
Allah supaya mendahulukan perdamaian dengan keyakinan kefahaman kepada
kekuasaan Allah yang berlaku disebaliknya. Ada pun para sahabat pula
dibayangi penipuan dengan keangkuhan yang nyata dalam perjanjian
Hudaibiyyah yang dimeteraikan :
[1] Tidak dibenarkan permulaannya dengan ditulis
dipaksa supaya menerima pakai ayat di masa jahiliyyah
dipaksa supaya menerima pakai ayat di masa jahiliyyah
[2] Mana-mana kalangan orang Madinah
yang melarikan diri ke-Makkah tidak boleh diminta pulang. Ada pun orang
Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah wajib dihantar semula ke Makkah.
[3] Muhammad dan pengikutnya tidak
dibenarkan masuk ke Makkah mengerjakan umrah pada tahun ini. Umrah
mereka ditangguhkan di tahun hadapan.
Akhirnya, nyatalah hikmah berlakunya
janji Allah kedatangan mereka yang masuk Islam berlipat-ganda dan
berduyun-duyun, serta perpaduan kalangan mereka yang ikhlas sahaja.
Negara Islam Madinah makin teguh dan kuat, berakhir dengan peristiwa
Fathul Makkah (pembebasan Kota Makkah).
Allah telah menjinakkan hati-hati
manusia dengan kewujudan perpaduan dalaman umat Islam di kalangan
Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj dengan Hidayah yang tidak mungkin
dicapai dengan perbelanjaan harta sepenuh bumi. Menolak sangkaan
golongan munafiq dan lemah iman yang menyusup ke dalam jemaah Islam.
Firman Allah :
"Berilah berita galakkan
kepada orang-orang munafiq, bahawa untuk mereka azab yang sangat pedih.
Mereka ialah kalangan orang yang memberi wali (kawan setia dan
kepercayaan) kepada orang yang kafir bukannya kepada orang-orang yang
beriman. Adakah mereka mahu mendapat kekuatan yang dapat memberi
kemenangan daripada orang-orang yang kafir itu? Maka sesungguhnya
kemuliaan dan keperkasaan yang memberi kemenangan itu semuanya daripada
Allah."(Surah An-Nisa', ayat 138 - 139)
Maka Rasulullah SAW menolak tawaran
bantuan daripada bukan Islam ketika Badar dan Uhud, di mana Islam dalam
keadaan sangat lemah, sebaliknya terus bertahaluf dan boleh menerima
bantuan bukan Islam selepas Fathul Makkah, di masa Islam berada dalam
keadaan yang sangat kuat. Menunjukkan mesej Islam bagi menyampaikan
rahmat dan adil ketika kuat terhadap pihak yang lain, tegak di atas
kekuatan sendiri. Bukan meminta dan menagih atau menumpang kekuatan
pihak lain bagi kemenangan Islam, atau menipu kawan di masa lemah
menendang kawan di masa kuat.
PAS wajib mengikut perjalanan ini, wajib
beristiqamah dan eratkan hubungan dengan Allah, tarbiyahkan diri dengan
ilmu dan iktibar pengalaman, dan ikhlaskan niat kerana keredhaan Allah
demi menyelamatkan rakyat dalam negara Hidayah (petunjuk) bukan Negara
Jibayah (berpijak hanya di atas duit yang dicukaikan), nescaya selamat
daripada agenda tipu dalam semua pengalamannya.
Ada orang yang menuduh PAS ditipu di masa menyertai Kerajaan Campuran (1970) dan bersama Barisan Nasional dahulu (1974-1978), sehingga ada yang keluar parti atau menubuh parti lain. Hasilnya pengaruh Islam masuk ke dalam semua kementerian dan jabatan kerajaan, serta institusi pendidikan yang melahirkan pelapis perjuangan lebih panjang. Parti yang ditubuhkan kerana protes mati atau bernyawa ikan diatas tanah yang kering menunggu mati, ada yang kembali semula kepada PAS, ada yang tersungkur keluar daripada medan perjungan.
Ada orang yang menuduh PAS ditipu di masa menyertai Kerajaan Campuran (1970) dan bersama Barisan Nasional dahulu (1974-1978), sehingga ada yang keluar parti atau menubuh parti lain. Hasilnya pengaruh Islam masuk ke dalam semua kementerian dan jabatan kerajaan, serta institusi pendidikan yang melahirkan pelapis perjuangan lebih panjang. Parti yang ditubuhkan kerana protes mati atau bernyawa ikan diatas tanah yang kering menunggu mati, ada yang kembali semula kepada PAS, ada yang tersungkur keluar daripada medan perjungan.
Ada orang menuduh PAS ditipu apabila
bersama Parti Semangat 46. Hasilnya, menawan Kelantan sehingga kini,
sehingga berjaya melaksanakan sebahagian daripada Islam dan merancang,
termasuk undang-undang syariat Allah iaitulah Qisas, Hudud dan Takzir.
Parti semangat 46 sudah mati semangatnya. Ada orang menuduh PAS ditipu
lagi kerana bersama Barisan Alternatif, kemudiannya Pakatan Rakyat.
Hasilnya menawan semula Terengganu, menguasai Kedah, memimpin Perak, walaupun seketika, hasilnya kebanjiran ahli baru daripada semua kalangan, khususnya penganut Islam yang menjadi tonggak politik negara dan yakin PAS tidak mampu diperkudakan oleh DAP dan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada kalangan bukan Islam. Mereka yang baru masuk PAS lebih ramai daripada yang mengata PAS ditipu dan terus memeluk DAP dengan kasih sayang tanpa batas atau menubuh parti baru yang manjadi mata rantai DAP.
Hasilnya menawan semula Terengganu, menguasai Kedah, memimpin Perak, walaupun seketika, hasilnya kebanjiran ahli baru daripada semua kalangan, khususnya penganut Islam yang menjadi tonggak politik negara dan yakin PAS tidak mampu diperkudakan oleh DAP dan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada kalangan bukan Islam. Mereka yang baru masuk PAS lebih ramai daripada yang mengata PAS ditipu dan terus memeluk DAP dengan kasih sayang tanpa batas atau menubuh parti baru yang manjadi mata rantai DAP.
Ada lagi yang menuduh PAS ditipu Umno
dalam isu Hudud, mereka memahami hudud itu berjaya apabila dilihat sudah
ada tangan yang dipotong sekarang ini, tanpa menyedari betapa desakan
melaksanakannya sudah masuk ke dalam jentera kerajaan dan ke dalam
kalangan UMNO sendiri. Tidak lagi suara menghina dan mengejek saperti
dahulu, kecuali kalangan yang sudah habis tempuh suaranya, laksana ubat
yang sudah tamat tempuhnya.
Inilah hikmah apabila istiqamah dengan
Allah SWT secara ilmu yang memandu kebijaksanaan, dan mengatur strategi
yang boleh berubah di atas dasar dan matlamat Islam yang haram diubah.
Kebiasaannya senario dahulu tidak berulang, hanya menjadi pengajaran
untuk mengatur langkah meneruskan perjuangan.
PAS pernah ditendang keluar daripada
Barisan Nasional pada tahun 1978 apabila dirasakan mereka kuat dan PAS
sangat lemah dengan kejatuhan Kelantan. Namun, kebangkitan PAS
selepasnya lebih kuat dan teguh. Kelantan di ambil semula dengan lebih
kuat dan panjang umurnya. Kini PAS ditendang keluar oleh DAP yang merasa
cukup kuat kerana memerintah hanya Pulau Pinang, namun sokongan kepada
PAS lebih meningkat, walaupun beberapa ranting PAS kononnya berjaya
dicantas, tetapi tunas yang tumbuh daripadanya lebih banyak dan lebih
subur.
Jatikan diri jamaah ini ketika belum
menang, kita adalah mulia bersama Islam di masa lemah dan kuat. Maka,
perjuangan ini tidak layak bagi mereka yang tidak berani mebuka mulut
bercakap Islam, lebih tidak layak kepada yang menagih kasihan pihak lain
sehingga melupai pertolongan Allah kepada hamba-hambannya yang beriman
dengan ikhlas. Perjuangan ini tidak layak bagi orang yang gopoh untuk
menang sehingga tidak Istiqamah di atas aqidah perjuangan, tidak
berpijak lagi di atas dasarnya dan sanggup membuang tanda hala tuju
perjalanan menegakkan Islam kerana merasa malu dan hina bersama Islam.
Semuanya disingkir atau tersingkir hanyut, masuk ke dalam perangkap
sampah perjuangan, yang menyekat aliran perjalanan dan kemaraan
perjuangan Islam yang sebenar. Firman Allah SWT :
"Allah menurunkan daripada
langit itu air hujan yang mencurah, lalu mengalir ke lembah-lembah dan
mengisi air mengikut kadar keluasan masing-masing. Aliran air itu juga
membawa buih yang tidak berfaedah, namun di dalam air itu ada bahan
berharga (logam) yang boleh dibakar menjadi perhiasan dan barangan yang
mahal harganya, di samping buih itu juga. Allah menjadikan perbandingan
di antara hak dan batil. Adapun buih (yang batil) itu hanyut menghilang,
dan adapun yang memberi manfaat kepada manusia tetap melekat teguh di
bumi. (Begitulah Allah menyatakan perbandingannya)."
(Surah Ar-Ra'du, ayat 17)
Sabda Rasulullah SAW :
"Demi Allah ! Sesunguhnya
Allah mesti menyempurnakan urusan Islam (sehingga menang), sehingga
orang musafir yang jauh, daripada Sana'a ke Hadramaut (di Yaman) tidak
takut lagi (kerana keamanan daripada pelaksanaan undang-undang Islam
menentang jenayah khususnya Hudud), (melainkan takut kepada Allah dan
takutkan serigala menangkap ternakannya), tetapi kamu terlalu gopoh
mahukan kemenangan (tanpa Istiqamah)."
"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
23 Zulkaedah 1436H / 07 September 2015M
Presiden PAS
23 Zulkaedah 1436H / 07 September 2015M



1 orang berkata:
Kalau akarnya dah busuk, bukan saja ranting, tunasnya yg mula nak tumbuh pun akan layu dan akhirnya mati kering.
Post a Comment