MUNGKIN INI ADALAH IKHTIAR AKHIR ! Pak Karamu
Rundingan PR 2.0, DAP akan hadir
Rundingan PR 2.0, DAP akan hadir
Anthony Loke
SHAH ALAM - DAP bersetuju untuk menghadiri rundingan meja bulat minggu
depan yang dimaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail, hari ini.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, pihaknya akan hadir kerana menerima jemputan daripada Wan Azizah.
“Saya belum mendapat sebarang maklumat lagi (tentang jemputan). Tapi mungkin kita (DAP) akan hadir mesyuarat itu kerana ada jemputan daripada Ketua Pembangkang. Tapi belum ada pengesahan lagi.
“Kita belum capai apa-apa keputusan lagi tapi setakat ini, ada jemputan daripada ketua pembangkang, kita akan hadirlah,” katanya kepada Sinar Online ketika ditanya status kehadiran parti itu dalam rundingan meja bulat, Selasa depan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bina semula Pakatan Pembangkang]
Hari ini, Wan Azizah mengumumkan jemputan kepada tiga parti politik lain, DAP, Pas dan Amanah untuk bersama-sama dalam rundingan tersebut dalam rangka membentuk pakatan pembangkang yang baharu.
Menurutnya, pihaknya turut menjemput pimpinan NGO seperti Abim, Wadah, Ikram, Bersih dan Negaraku serta tokoh seperti Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno) dan bekas Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun.
Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata, persidangan meja bulat itu bertujuan membincangkan perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui bersama ke arah pembentukan sebuah pakatan pembangkang baru dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang selama ini bersama-sama berjuang.


0 orang berkata:
Post a Comment