'Terima kasih Muhyiddin kerana setia pada Umno'
Najib
Tun Razak (kanan) merangkap Presiden Umno bersalaman dengan Muhyiddin
Yassin ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis
Tertinggi Umno di Bangunan Dato Onn hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Presiden
Umno, Tan Seri Muhyiddin Yassin kerana masih setia kepada Umno dan sedia
untuk membantu mengukuhkan parti.
Beliau berkata, komitmen yang ditunjukkan Muhyiddin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal sangat dialu-alukan sebagai tanda solidariti kepada parti.
Menurut Najib, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang diadakan berlangsung dalam keadaan sangat baik dan menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi
"Kita bincang banyak perkara. Saya alukan penglibatan Tan Muhyiddin Yassin, sebagai Timbalan Presiden Umno, diatas kesetiaan beliau kepada Umno dan kesanggupan beliau untuk berjuang bagi memastikan kekuatan Umno dan kejayaan parti dalam PRU akan datang.
"Atas komitmen beliau itu saya ucapkan terima kasih. Saya juga mahu ucap terima kasih pada Shafie Apdal kerana nyatakan komitmen sama untuk bekerja demi kepentingan parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat MT Umno di Menara Dato' Onn, hari ini.
Kehadiran Muhyiddin dalam sidang media itu turut mematikan khabar angin sebelum ini bahawa beliau dan Shafie akan dipecat bersama beberapa pemimpin lain.
Najib ketika ditanya mengenai perkara itu, beliau berkata, pihaknya masih memberi masa kepada semua pemimpin untuk menunjukkan komitmen kepada parti.
"Bagi masa kepada kepimpinan, kita sudah bagi komitmen dalam mesyuarat.
"Jadi , kita akan perlihatkan dari segi tindakan kita termasuk ucapan-ucapan yang menjurus kepada solidariti dan memainkan peranan masing-masing dalam parti," katanya.
Dalam pada itu, Najib turut menegaskan, bahawa isu pemecatan tidak terkandung dalam agenda mesyuarat pada hari itu.
“Itu semua spekulasi pihak luar," katanya lagi.


2 orang berkata:
Totok tu sama maksud dgn walaon..
Jgn pakaramu tak faham pulak yer...
Tolong sebarkan tentang perhimpunan baju merah 16 september ni ,kerana presiden kita ingin turut serta .sama2 kita ahli Pas mneyetainya ,kita atasi kehadiran Bersih 4 dulu,jnagan pakarmu diam je ..ini kita bolih buktika bahawa Pas bolih mnegatasi bersih 4 nanti
Post a Comment