Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DERMA RAHSIA PARTI POLITIK



Friday, September 11, 2015


Terkini: Najib beri jawapan tentang Derma 2.6 Billion...Baca jawapan Najib suarakami




Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mendedahkan mengenai sumbangan politik yang diterima Umno, walaupun terpalit dengan skandal derma RM2.6 bilion, kerana katanya, parti pembangkang juga tidak mendedahkan dana yang diterima mereka.
Presiden Umno itu berkata, beliau sudah menjelaskan kepada ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam mesyuarat yang berlangsung hari ini yang tidak ada keperluan mendedahkan sumbangan politik itu.

Ini kerana, kata perdana menteri, tidak ada peruntukan undang-undang yang menyatakan mengenai keperluan mendedahkan dana yang diterima sesebuah parti politik.

“MT ambil maklum tidak ada undang-undang guna pakai berhubung dengan sumbangan politik dan tidak ada keperluan untuk buat pendedahan dari segi undang-undang.

“MT juga ambil maklum semua parti politik mengamalkan sumbangan dan kutipan derma, termasuk pembangkang,” kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Menara Dato’ Onn, Pusat Perdagangan Antarabangsa Putra di Kuala Lumpur petang ini.

Najib dikaitkan dengan dana RM2.6 bilion, yang disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai derma politik, susulan pendedahan mengenai wang itu dibuat The Wall Street Journal (WSJ) awal Julai lalu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno sendiri dilaporkan tidak mengetahui kewujudan wang tersebut dan timbul perbalahan pendapat di kalangan ahli parti sendiri sama ada ia sewajarnya dimasukkan ke akaun peribadi beliau.

Najib hari ini turut mempersoalkan desakan pembangkang yang mahu sumbangan politik itu didedahkan walhal katanya, penganjur perhimpunan Bersih 4 juga tidak mendedahkan sumbangan yang mereka perolehi.

“Mereka enggan dedahkan sumber dana. Bila sampai kepada mereka, mereka tuntut ditunaikan, tetapi bila kepada kita, macam-macam dipersoalkan.

“Kita tidak boleh ‘double standard’,” kata Najib mengulas mengenai sumbangan untuk perhimpunan pada hujung Ogos anjuran pemantau pilihan raya Bersih 2.0 itu, berjumlah kira-kira RM2.5 juta.

Najib sebelum ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) selepas pendedahan derma RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi.

Pengumuman itu dibuat ketika perdebatan sedang hangat diperkatakan mengenai amalan pembiayaan politik di Malaysia, di mana tidak ada undang-undang untuk mengawal derma kepada parti politik, atau mendedahkan identiti penderma.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.