Dua ditahan rempuhan di Jalan Petaling
Anggota FRU bersiap sedia untuk meminta peserta himpunan beredar daripada Jalan Petaling. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung
kekecohan di hadapan Petaling Street di sini hari ini selepas sekumpulan
peserta himpunan rakyat bersatu cuba merempuh kawalan polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah.
"Semasa perhimpunan, terdapat sekumpulan lelaki cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki kawasan Jalan Petaling.
"Keadaan itu menyebabkan seorang anggota polis patah jari tangan ketika cuba menghalang mereka manakala seorang lagi anggota cedera di bahagian kepala dipercayai terkena benda keras.
"Keadaan ini menyebabkan polis melepaskan semburan air untuk meredakan ketegangan," katanya kepada Bernama.
Tajudin berkata, perhimpunan di Padang Merbok bersurai jam 6.30 petang manakala di Petaling Street jam 7.00 petang.
Katanya, perhimpunan di ibu negara itu telah melangggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan polis akan mengambil tindakan. – Bernama


1 orang berkata:
Sbb tu pas himpun dlm bangunan.
Lepas ni buat tepi bukit.
Boleh sama2 menyalak babi
Post a Comment