Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMALUKAN

Himpunan 'baju merah' memalukan, kata Azmin
Himpunan 'baju merah' memalukan, kata Azmin
 
SHAH ALAM - Negara disajikan dengan satu hari penghinaan dan memalukan apabila beribu-ribu 'baju merah' bersorak tentang ketuanan Melayu, menyemai rasa takut dan menghasut kebencian terhadap kaum lain pada Hari Malaysia, semalam.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, Hari Malaysia sepatutnya disambut dengan kegembiraan dan kebahagiaan sebagai sebuah negara yang bersatu.

"Saya tidak tergambar rasa malu dan jijik melihat Melayu berbaju merah, lelaki dan perempuan, sambil melaungkan slogan perkauman dan ungkapan penghinaan dan kebencian terhadap kaum lain," kata Azmin.

"Adakah ini idea terbaik Umno untuk mengembalikan maruah Melayu?," kata beliau.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib minta siasat insiden kecoh di Jalan Petaling]
[ARTIKEL BERKAITAN: Padang Merbok bagaikan lautan merah]
Katanya, himpunan tersebut cuma menambah penghinaan terhadap agama Islam dan maruah Melayu.

"Pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab untuk hari penghinaan telah melanggar kod tidak tertulis (unwritten code) kelakuan sebagai sebuah negara, untuk melayan semua ahli komuniti dengan cara bermaruah dan rasa terhormat.

"Mereka patut menyesal, itupun kalau mereka masih ada maruah," kata Azmin lagi.

Beliau berkata, Hari Malaysia juga satu peringatan bahawa negara ini hidup berbilang kaum dan disatukan di bawah Agong sebagai ketuanya.

"Daripada berarak dengan rasa benci dan permusuhan, kita sepatutnya berarak seiring sebagai sebuah negara tanpa mengira bangsa, warna kulit dan nyanyian Negaraku," tambah Azmin.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.