Ada wakil rakyat parti lain mahu sertai Pas?
KUALA LUMPUR - "Saya tidak mahu dedah lagi tetapi benda itu tidak
mustahil, bila sampai masa kita akan dedah," demikian respon Setiausaha
Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman ketika ditanya tentang dakwaan
adanya wakil rakyat parti tertentu yang akan menyertai Pas.
Mohd Khairuddin berkata, walaupun pada prinsipnya Pas sama sekali tidak akan menarik ahli mahupun wakil rakyat parti lain untuk menyertai parti itu, namun jika lawan pula berbuat sebaliknya, semua perkara boleh berlaku.
"Prinsip kita adalah tidak mencuri ahli.... kalau kawan kita ikhlas nak berkawan dengan kita kawan dengan baik, jangan curi ahli kita, jangan pancing ahli kita sebab kalau ia bermula... kita boleh usahakan pancing kawan lain jugak," ujarnya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ketika mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PKR berkata, Pas bersikap terbuka dengan tindakan ahli, pemimpin dan wakil rakyat mereka yang meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.
Namun pada masa sama, katanya, untuk berlaku adil Pas perlu diberi kebenaran menerima mana-mana wakil rakyat daripada parti lain.
"Wakil rakyat Pas boleh pergi ke parti lain yang mempunyai hubungan dengan Pas. "Maka saya rasa untuk berlaku adil kepada Pas, kami boleh menerima menerima mana-mana wakil parti lain untuk menyertai Pas", katanya ketika ditemui media di Kongres Rakyat di Shah Alam baru-baru ini.


7 orang berkata:
Rasanya byk org dap nak masuk parti kita pak.eh malu pulak org besar penang kan.kita malu tak kisah lg kan pak.org besar penang mana boleh malu.org tak buat silap la katakan.putih mulus tulus bagai kulitnya juga
Ada org kata lge tu kepala gengter.fitnah agaknya tak ada sapa percayapun.org kan pandai pandai belaka zaman le ni pak.tp bukti tak kan ada kalau tak dicari kan pak sama mcm pembunuhan tuya la tak cukup bukti.mcm tu senang la kalau nak bg org jahat yg ada kepentingan lepas cakap je tak cukup bukti.lepas tu tak payah penat penat buat keje cari bukti.patutnya kes nuar hari tu pun cakap tak cukup bukti jugak.nampak sgt duble standard
Mat kolid samad kutuk pas kaw kaw punya mengalahkan umno pulak.dia ambik keja n point umno sekali gamaknya.lapang la sikit org umno sekarang yg dok pening dgn masalah sendiri.masalah dgn pas mcm bleh diselesaikan oleh org cangkul.mcm lucu pun ada jugak.ambik balik point org umno yg kutuk dia dulu.mcm tu tak lah susah org cangkul nak idea kutuk pas.apa saja la demi cangkul n yg ingin dicangkul olehnya
adalagi keluar warna hijau
saingan merah dan kuning
kita anjing yang menyalak babi dalam bukit...
dari mulut siapa ayat najis ni keluar?
rasanya bukan dari mulut LGE atau LKS kan?
dia anjing
orang lain babi
fuhhhh...anjing tu
ribuan datang dalam perasmian PAN...
Mintak jangan meroyan.
Post a Comment