Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Nikah Hatta tetap terbubar talak tiga-Mufti Perak

Perkahwinan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli tetap terbubar dengan talak tiga kerana melanggar bai’ah yang pernah dilafazkan walaupun bernikah di luar Kelantan.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana bai’ah yang dilafazkan oleh wakil rakyat Pas itu tidak akan terbatal walau di mana sekali pun pernikahan dilakukan.

“Walau di mana sekalipun (pernikahan) termasuk di luar negara, bai’ah tetap tidak akan batal kerana bai’ah ini merupakan perjanjian dan sumpah dengan Allah.

“Tidak kira berapa lama sesuatu ikatan pernikahan itu, walaupun sudah berpuluh-puluh tahun, bai’ah tidak akan terbatal kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin Pas Kelantan semalam yang mempertahankan Mohd. Hatta dalam isu bai’ah.

Pemimpin Pas Kelantan, Datuk Dr. Nik Mazlan Nik Mohammad meminta status perkahwinan Mohd. Hatta dirujuk kepada Mufti Perak kerana Ahli Parlimen Kuala Krai itu berkahwin di Perak.

Sebelum ini, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad menganggap perkahwinan Mohd. Hatta dan isterinya terbubar dengan cerai talak tiga setelah melanggar taklik yang pernah dilafazkan kerana menyertai Parti Amanah Negara.
Harussani menegaskan, bai’ah tidak boleh terbatal dengan cara membayar kafarah kerana merupakan satu perjanjian dan sumpah dengan Allah.
Beliau berkata, ini berlainan hukumnya dengan bersumpah kerana bersumpah boleh dibatalkan.

Kata beliau, apabila sudah melafazkan bai’ah, perlu dipatuhi dan ditanggung oleh orang yang melafazkannya.

“Mereka yang berkata bai’ah sudah terbatal dengan sendirinya kerana telah membayar kafarah seperti memberi makan 10 orang anak yatim sebenarnya tidak tahu apa-apa. Mereka seolah-olah membuat hukum sendiri,” katanya.
Utusan

3 orang berkata:

Unknown said...

Apa komen ahmad awang geng haru biru pula.pi la jumpa mufti perak tu.kan dua-duanya orang perak.

Unknown said...

Apa komen ahmad awang geng haru biru pula.pi la jumpa mufti perak tu.kan dua-duanya orang perak.

Anonymous said...

Tok peti negeri negeri kan ramai.bijak pandai ugama dlm malaysia pun ranai.cuba duduk buat berbincang ambik satu penyelesaian.tok peti perlis ckap tak laku baiah pas.tak payah buat apa apa la teruskan hidup spt biasa.nanti kita tengok la laku tak laku.ini masalah jatuh pd tok peti n org bijak agama.tak suarakan kebenaran maka semua bakal tanggung dosa.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.