Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANDANGAN INI MUNGKIN BERLAKU TAPI HARAPAN BARU RASANYA TAK MUNGKIN

Hasrat PKR mahu Pas hanya mainan politik

PR
 
ALOR SETAR – Hasrat PKR mahu meneruskan kerjasama politik dengan Pas dilihat sebagai mainan politik atas konsep ‘siapa makan siapa’.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, ia kerana PKR perlu bergantung kepada Pas untuk kekal berkuasa di Selangor.

“Jika Pas Selangor diketepikan buat masa ini, maka ia akan menyebabkan rombakan Exco. PKR perlu berhadapan bukan sahaja dengan BN dan bekas menteri besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim, tetapi Pas.

“Ini adalah satu sikap kepimpinan PKR yang tidak konsisten. Dari satu sudut mereka dilihat bersahabat baik dengan DAP dan menyokong kumpulan anti Pas, tetapi sudut lain pula, cuba meneruskan hubungan dengan parti itu,” katanya.

Menurutnya, situasi itu mungkin pada pandangan orang ramai Pas digula-gulakan dengan kuasa dan juga peruntukan yang boleh disalurkan Kerajaan Selangor kepada wakil rakyat Pas.

“Jadi buat masa ini walaupun PR dikatakan hancur, roh Pas sama macam Harapan Baru yang mahukan gula-gula politik ekonomi,” katanya.

Md Shukri yakin permusuhan Pas dan Harapan Baru reda menjelang PRU14 yang dijadualkan pada 2018.

“Saya percaya Pas akan bersama kelompok Harapan Baru bergandingan dengan DAP dan PKR sebagai landasan mendapatkan kepuasan untuk menumbangkan BN,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa Pas tidak akan selesa jika bersama Umno dan BN dengan sikap serta nilai politik parti itu sendiri.

“Senario politik semasa menjelang PRU14 tidak akan menjadikan Pas bersendirian, sekurang-kurangnya Pas akan kembali bersama sekutu mereka dalam PR 2.0.

“Jika ini berlaku, DAP adalah sebenarnya ketua pembangkang dan Pas parti penambah perisa sahaja,” katanya.

Jelasnya, kesemua langkah tersebut dibuat bagi menjamin survival politik PKR terutamanya di Selangor.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa PKR tetap akan meneruskan kerjasama dengan Pas dan menerima mana-mana pihak yang terikat dengan pendirian sama untuk melakukan perubahan serta reformasi secara total.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata demikian sebagai pandangan terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak akan berbuat baik dengan Pas buat masa ini.

6 orang berkata:

mosabit said...

pas kena undur diri di selangor..dan berpakat dengan umno....abis citer...

Unknown said...

Jarum umno dah mula mencucok balik. Memang umno akan lenyap bila gabongan pembangkang utoh kembali.
Tak kira la.kamu pensyarah ke professor ke.tapi kami bodoh politik. Setia0 patah dan bait dlm.tulisan kamu.kami dpt hidu bau busoknya.

Unknown said...

Pembetula. Tidak b9doh politik

Unknown said...

Awat la hampa ni bodoh,bengong sangat.dah berapa kali habaq tak paham2 jugak.pas tak akan bersama dan berpakat dgn hamno terutamanya dlm pertadbiran.

Unknown said...

Awat la hampa ni bodoh,bengong sangat.dah berapa kali habaq tak paham2 jugak.pas tak akan bersama dan berpakat dgn hamno terutamanya dlm pertadbiran.

Unknown said...

Awat la hampa ni bodoh,bengong sangat.dah berapa kali habaq tak paham2 jugak.pas tak akan bersama dan berpakat dgn hamno terutamanya dlm pertadbiran.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.