Pas sah tak sertai Himpunan Rakyat Bersatu
Takiyuddin Hassan
SHAH ALAM - Pas hari ini mengesahkan pengecualian penyertaan mereka
dalam Himpunan Rakyat Bersatu yang dikatakan akan berlangsung pada 16
September depan.
Ini kerana menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, pihaknya tidak dihubungi atau menerima sebarang jemputan rasmi mengenai himpunan tersebut.
“Kami tidak mengetahui, tidak dihubungi atau dijemput secara rasmi oleh penganjur himpunan yang dimaksudkan.
“Kami tidak mengetahui tujuan himpunan, penyertaan, aturcara dan agendanya untuk membolehkan kami menilai atau memberi komitmen terhadap himpunan terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Polis tak benar 'Perhimpunan Rakyat Bersatu']
Katanya lagi, faktor Kongres Rakyat yang pada masa itu baharu sahaja diadakan merupakan salah satu faktor bagi keengganan pihaknya menyertai himpunan terbabit.
“Kami (pada ketika itu) baharu sahaja selesai menganjurkan Kongres Rakyat di Shah Alam yang melibatkan kehadiran ahli dan seluruh penyokong dari seluruh negara.
“Bagi kami, adalah keterlaluan serta menjadi bebanan buat ahli Pas sekiranya mereka sekali lagi diminta turun ke ibu kota untuk tujuan menghampiri himpunan lain pada tarikh yang begitu hampir,” ujarnya lagi.
Takiyuddin bagaimanapun berkata, pihaknya tetap memberikan sokongan teguh terhadap penganjuran himpunan terbabit.
Menurutnya, himpunan tersebut bebas diadakan selagi ia dibuat dengan aman dan selamat.
“Kami melihat penganjuran himpunan tersebut dari sudut yang sama. Himpunan tersebut diadakan sebagai hak demokratik rakyat untuk berhimpun secara aman.
“Ia sewajarnya diterima dan dirai semua pihak, termasuk pihak berkuasa,” katanya.


3 orang berkata:
Janagn lepas peluang ini .inilah adalah peluang terbaik untuk menunjukan bahawa Pas memang mempunyai kuasa sendiri.Jadikan Hj hadi ketua perbarisan ,semoga rakyat daoat lihat kehebatan Hj hadi ,dan minta semua ulamak Pas memakai jubah merah .biar GHB merasa gerun.teruskan usaha untuk menyatukan melyu bersma Umno .inilah peluangnya.Biar DAP merasa gerun apabila melihat kehebatan ulamk Pas dengan jibah dan serban merah ,seperti Pahlawan arab.
Knp x suruh bapak kau je yg jd ketua perbarisan tu.. bapak yg pnca anak bodoh bangang mcm kau ni.. yg mncul kt dunia ni.. lahanat punya manusia.. bangsat.. puiii..
Anon 2 orang diatas ni bahasa nya 2 x 5 je.....
Post a Comment