'Kalau Pas tak nak 'join', Pas punya pasal lah'

Jamal (dua dari depan) ketika hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung himpunan pada 16 September depan. - Foto Sinar Online oleh FATHIN ATHIRAH HASLI
KUALA LUMPUR - "(Sama ada) Pas nak join (ikut serta), Pas tak nak join, itu Pas punya pasal lah!," demikian tegas Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunus.
Jamal berkata sedemikian ketika ditanya mengenai penolakan penyertaan Pas terhadap Himpunan Rakyat Bersatu yang bakal diadakan di sekitar ibu kota pada 16 September depan.
Pas pada Selasa menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan pengecualian penyertaan mereka dalam Himpunan Rakyat Bersatu yang akan berlangsung pada 16 September depan.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Pas sah tak sertai Himpunan Rakyat Bersatu ]
Menurut Takiyuddin, pihaknya tidak dihubungi atau tidak menerima sebarang jemputan rasmi mengenai himpunan tersebut.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari sama berkata, Pas akan menilai matlamat dan penganjuran perhimpunan tersebut sebelum memutuskan untuk turut serta atau sebaliknya.
Sementara itu menurut Jamal, pihaknya tidak pernah menghalang atau memaksa mana-mana pihak untuk menyertai himpunan terbabit.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Baju merah: 'Kami bukan nak merusuh' ]
"Terpulang kepada semua orang untuk menyertai himpunan atau tidak. Kami alu-alukan semua orang tidak kira agama kaum dan bangsa untuk menyertai himpunan nanti.
"... Asalkan semua mempunyai matlamat yang sama," katanya lagi sebelum memasuk pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberikan keterangan berkenaan penganjuran himpunan terbabit.


0 orang berkata:
Post a Comment